Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

299) PRESTASI KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pendapatan dan keuntungan kumpulan hartanah dan anak syarikat pada tahun 2014?

    Untuk tahun kewangan berakhir 2014 (berdasarkan akaun yang belum diaudit), KHSB dan anak-anak syarikatnya telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM31.46 juta dan kerugian sebanyak RM119.42 juta.

  2. Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Kumpulan Hartanah serta anak syarikatnya?

    Berikut adalah antara projek-projek yang berada di bawah kendalian KHSB dan anak-anak syarikatnya.

      Nama Jenis Pembangunan Nilai (Juta) Status Projek
    1 Selangor Halal

    Hub, Pulau Indah, P. Klang

    Industri RM150

    Juta

    Sedang Berjalan
    2 Pulau Indah Industrial Park (PIIP) Industri RM934

    Juta

    Sedang Berjalan
    3 Seksyen 14 Petaling Jaya Bercampur RM1,200

    Juta

    Permohonan

    Kebenaran Merancang

    4 Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor Perumahan (Rumah Selangorku) RM23

    Juta

    ·         Permohonan Kebenaran Merancang & Pelan Bangunan

    ·         Jangkaan pelancaran di Suku ke-4, 2015

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.