Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

120) PRESTASI KEWANGAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan Yayasan Selangor dari tahun 2015 hingga kini.

  2. Apakah langkah yang diambil oleh Yayasan Selangor untuk meningkatkan prestasi kewangannya?

    Pengurusan Yayasan Selangor telah membentangkan kerangka tindakan strategi pada mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah bertarikh 19 Disember 2019 dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan kerangka tindakan strategi termasuk pengawalan kemampanan kewangan yang lebih ketat. Pengawalan kemampanan kewangan meliputi proses penambahbaikan operasi serta prosedur kendalian standard jabatan untuk membantu mencorak arah tuju pembangunan tanah dan hartanah Yayasan Selangor serta memastikan pulangan yang optimum untuk pembangunan pendidikan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.