Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

124) PRESTASI KEWANGAN TOURISM SELANGOR SDN BHD (TSSB)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan TSSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2015?

    Berikut adalah Laporan Kewangan Syarikat TSSB untuk tahun berakhir 2015 yang belum di audit:

     

    PENYATA PENDAPATAN: RM
    Pendapatan 12,402,820.90
    Kos Langsung 10,260,751.37
    Pendapatan Lain 762,638.37
    Kos Tidak Langsung 3,209,363.03
    Untung/(Rugi) (304,655.13)
     

    PENYATA EKUITI:

    Modal Saham 2,000,000.00
    Keuntungan/(Kerugian) Terkumpul 1,691,599.11
     

    TUNAI DAN BANK:

    Tunai Di Bank 2,515,117.41
    Tunai Di Tangan 8,559.34
    Jumlah 2,523,676.75

     

    Pendapatan syarikat sehingga Disember 2015 adalah RM12,402,820.90. Pendapatan-pendapatan lain adalah RM762,638.37. Kos langsung adalah RM10,260,751.37 manakala kos tidak langsung adalah RM3,209,363.03. Hasil

     

    pendapatan    dan    perbelanjaan    telah    menghasilkan    kerugian    sebanyak RM304,655.13.

     

    Kedudukan semasa Modal Saham syarikat adalah RM2,000,000.00 manakala keuntungan terkumpul sehingga kini adalah RM1,691,599.11. Kedudukan aliran tunai syarikat adalah dalam keadaan positif dengan jumlah tunai di tangan dan di bank adalah RM2,523,676.75.

  2. Adakah prestasi kewangan tersebut terbaik sejak TSSB diwujudkan?

    Prestasi kewangan syarikat adalah dalam kewangan baik. Walaupun syarikat mengalami kerugian untuk tahun semasa, syarikat masih lagi mampu mencapai objektif sebenar penubuhan syarikat

    TSSB adalah syarikat yang bersifat bukan keuntungan dan dalam pada masa yang sama bertindak sebagai badan utama kepada aktiviti promosi dan pelancongan kerajaan negeri Selangor. TSSB juga bertindak sebagai pentadbir kepada beberapa produk pelancongan negeri serta menjalankan aktiviti pemasaran industri pelancongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.