Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
203) PRESTASI KEWANGAN TOURISM SELANGOR SDN. BHD. (TSSB)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan TSSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016
Penyata Pendapatan, Penyata Ekuiti Pemilik dan Penyata Aliran Tunai dari tahun 2014-2016 adalah seperti berikut:-
Kumpulan 2016 (Unaudited)
2015 (Audited)
2014 (Audited)
Pendapatan 9,743,161 12,452,821 8,395,069 Untung/(Rugi) Sebelum Cukai 852,228 (320,290) (2,845,168) Untung/(Rugi) Selepas Cukai 832,728 (329,290) (2,857,191) Jumlah Aset Semasa 7,040,538 5,030,505 5,211,677 Jumlah Liabiliti Semasa 2,839,356 1,510,546 1,429,986 Ekuiti Pemilik 4,517,604 3,684,875 4,014,165 -
Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan TSSB
Secara dasarnya TSSB merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang ditubuhkan sebagai bersifat bukan keuntungan (Non-profit Organization). Adalah lebih sesuai pencapaian TSSB diukur dari segi prestasi pencapaian acara, program promosi dan statistik kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Dari segi kewangan, operasi TSSB ditampung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui geran yang disalurkan dengan memastikan setiap penyaluran geran dapat memenuhi objektif sektor pelancongan negeri. Walau bagaimanapun, sepanjang penubuhan TSSB sehingga sekarang prestasi kewangan syarikat sentiasa berada dalam keadaan baik dan segala acara serta program pelancongan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Berikut adalah prestasi kewangan syarikat – Pendapatan/(Kerugian) dari tahun 2005 sehingga 2016.
Bil. Tahun Keuntungan/(Kerugian) Tahunan (RM)
1 2005 (910,436) 2 2006 (337,936) 3 2007 61,316 4 2008 (430,023) 5 2009 (183,173) 6 2010 58,488 7 2011 2,111,591 8 2012 1,471,439 9 2013 (989,167) 10 2014 (2,857,191) 11 2015 (329,290) 12 *2016 832,728 Penyata Kewangan bagi Tahun 2016 yang belum diaudit.
-
Apakah Kerajaan Negeri akan terus menggunakan TSSB sebagai platform tunggal pelancongan Selangor?
Kerajaan Negeri akan terus menjadikan Tourism Selangor sebagai platform tunggal pelancongan negeri yang terus berfungsi sebagai badan promosi pelancongan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor menjalankan pelbagai aktiviti dan program penggalakan pelancongan bagi memastikan kemajuan Industri Pelancongan di Negeri Selangor yang mempromosikan Negeri Selangor sebagai hub pelancongan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri.
Fungsi Tourism Selangor tidak terhad kepada mempromosikan pelancongan di Negeri Selangor, tetapi sebagai agensi yang bertanggungjawab menggalakkan pembangunan, pelaburan dan aktiviti dalam bidang pelancongan. Antara fungsi utama Tourism Selangor adalah seperti berikut:-
- Meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dan resit pelancongan dari dalam dan luar negara.
- Menganjurkan program promosi dalam dan luar negara.
- Menganjurkan kempen promosi pelancongan negeri seperti Kempen Tahun Melawat Negeri Selangor.
- Menganjurkan Acara Pelancongan.
- Menguruskan beberapa tempat dan produk pelancongan di Negeri Selangor.
- Menganjurkan program pembangunan produk pelancongan seperti lawatan teknikal, seminar, dan sebagainya.
- Menganjurkan lawatan (FAM Trip) bersama agensi pelancongan, penggiat media, selebriti dan sebagainya.
- Menerbitkan risalah, brosur, video, buku untuk mempromosikan dan mendokumentasikan industri pelancongan Selangor.
- Menjalankan program publisiti dan CSR
- Menjadi ‘frontliner’ bagi memberi penerangan mengenai produk pelancongan di Negeri Selangor
- Bekerjasama dengan pelbagai organisasi bagi membangunkan dan menarik pelabur serta meningkatkan ekonomi di Negeri Selangor.