Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
20) PRESTASI KEWANGAN SEMASA UNISEL
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prestasi pendapatan dan perbelanjaan UNISEL pada tahun 2011 dan 2012?
Prestasi Pendapatan dan Perbelanjaan UNISEL;
2011 (Januari hingga Disember)
2012 (Januari hingga September)
Pendapatan RM79.9 juta RM65.9 juta sehingga September + (RM29.5 juta anggaran pendapatan drp. PTPTN dan yuran sehingga Disember )
= RM95.4 juta
Perbelanjaan RM116.7 juta RM102.9 juta selepas ditolak bon oleh Kerajaan Negeri.
-
Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan prestasi kewangan terdahulu?
Faktor yang menyebabkan kemerosotan prestasi keuntungan adalah:
- Pembayaran balik pinjaman bon Al-Baids Bai’ Bithamin Ajil Debts (BaiDs)
- Kos pembaikan dan penyelanggaraan infra-struktur
- Kemerosotan nilai aset
- Penurunan bilangan kemasukan pelajar baru pada tahun 2011
-
Apakah strategi untuk mengukuhkan kewangan UNISEL jangka pendek dan panjang?
Strategi untuk mengukuhkan kewangan jangka pendek dan panjang;
Jangka Pendek
- Pengambil alihan bon RM150
- Membiayai kos pembangunan dan pembaikan infra struktur;
- Meningkatkan bilangan pelajar yang mana telah berjaya ditingkatkan daripada 2011 (9,600 orang) kepada tahun 2012 (11,300 orang)
Jangka Panjang
- Mengoptimakan perbelanjaan operasi universiti;
- Menubuhkan dana ’Unisel Endowment Fund’