Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

248) PRESTASI KEWANGAN PKNS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Prestasi kewangan PKNS - Development Expenditure (DE) yang rendah akan memberi kesan kepada pendapatan dan hasil PKNS untuk masa depan bagi membiayai sukuk. Apakah langkah yang diambil oleh PKNS untuk menjamin "sustainable future revenue" ?

    Bagi memastikan pendapatan masa depan yang mampan (sustainable future revenue), PKNS memberi tumpuan kepada pemilikan aset (asset owner) berbanding hanya membangun dan menjual hartanah. Pendekatan ini akan membolehkan PKNS memperoleh pendapatan berulang (recurring income) melalui penyewaan dan pengurusan aset hartanah seperti pusat komersial, bangunan pejabat, kompleks perniagaan dan hartanah pelaburan lain.

    Strategi ini akan membantu PKNS menjana aliran tunai yang stabil serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil jualan hartanah yang bersifat sekali sahaja. Selain itu, PKNS turut memperkukuhkan pelan pembangunan dengan merancang dan melaksanakan pipeline projects yang lebih berpotensi tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.