Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
164) PRESTASI KEWANGAN PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan PKPS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2014?
Prestasi Kewangan PKPS Tahun 2014 :
- Penyata Pendapatan ( Belum Beraudit )
Perkara 2013 2014 Bajet 2015 Ulasan RM Juta Keuntungan sebelum cukai
15.93
17.29
18.50
Peningkatan hasil tahun 2014 berbanding tahun 2013 adalah disebabkan oleh : i. Peningkatan hasil pengeluaran sawit buah tandan segar (BTS) kerana pertambahan keluasan kawasan matang.
ii. Pengurusan perbelanjaan secara berhemah.
- Penyata Ekuiti Pemilik
PKPS tiada Modal Berbayar oleh pemegang saham. Ini kerana PKPS ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.
- Kedudukan Aliran Tunai
Pada tahun 2014, PKPS mencatatkan aliran tunai masuk sebanyak RM85.95 juta. Manakala aliran tunai keluar adalah sebanyak RM90.26 juta. Defisit tunai sebanyak RM4.31 juta ditampung oleh pengeluaran Simpanan Tetap.
-
Adakah prestasi kewangan ini terbaik sepanjang penubuhannya?
Prestasi kewangan 2014 bukanlah prestasi kewangan terbaik sepanjang penubuhan PKPS.