Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

285) PRESTASI KEWANGAN PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan PKPS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2015?

    1. Penyata Kewangan PKPS Tahun 2015 :

     

    Penyata Pendapatan (Belum Beraudit)

    Perkara 2015
    RM Juta
    Pendapatan 70.47
    (-) Perbelanjaan 53.11
    Keuntungan sebelum cukai 17.36
    ( – ) Cukai Pendapatan 0.60
    Keuntungan Selepas Cukai 16.76

     

    Penyata Ekuiti Pemilik

     

    PKPS tiada Modal Berbayar oleh Pemegang Saham. Ini kerana PKPS ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Selangor dan bukan di bawah Akta Syarikat 1965.

     

    Kedudukan Aliran Tunai

     

    Pada tahun 2015, PKPS mencatatkan aliran tunai masuk sebanyak RM60 juta. Manakala aliran tunai keluar adalah sebanyak RM70.21 juta. Defisit tunai sebanyak RM10.21 ditampung oleh pengeluaran Simpanan Tetap. Baki tunai RM93.72 juta. Butiran defisit tunai sebanyak RM10.21 adalah seperti berikut:

    Bil. Butiran Jumlah

    (RM)

    1 Rumah Ayam Ulu Tinggi 4,183,010
    2 Rumah Pekerja, Kantian & Stor di Ladang PKPS Editas 902,145
    3 Rumah Pekerja, Kakitangan, Pusat Asuhan & Kantin di Ladang PKPS Irat 621,203
    4 Rumah Pekerja di Ladang PKPS Jagoharmoni 264,408
    5 Pembelian Jentera Ladang 920,800
    6 Pembelian Kenderaan 335,719
    7 Bangunan PKPS Farm Mart Sdn Bhd 500,000
    8 Pindahmilik tanah Editas 1,125,000
    9 Premium, Kebenaran merancang & caruman parit di tanah Sg Kelambu 761,939
    10 Caruman Parit dan kebenaran merancang di tanah PT3834 mukim api-api 596,000
      Jumlah 10,210,224

     

  2. Bagaimanakah PKPS menambah baik prestasi kewangan tersebut?

    PKPS menambak baik prestasi kewangan dengan cara berikut:-

     

    • Berusaha menambah keluasan milikan ladang sawit bagi meningkatkan pendapatan

     

    • Memohon kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan tanah-tanah kosong yang sesuai untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit dan untuk pertanian

     

    • Merancang untuk membina kilang sawit sendiri bergantung kepada penambahan milikan tanah- tanah kosong yang sesuai untuk penanaman

     

    • Belanja secara berhemah dan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.