Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

237) PRESTASI KEWANGAN PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan PKPS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016

    Prestasi kewangan bagi tempoh 2014 – 2016 :

    • Penyata Pendapatan
    Perkara

     

     

     

    Tahun
    2014 2015  

    2016

    (Belum Beraudit)

    RM Juta
    Pendapatan           65.57 84.81 99.80
    Perbelanjaan           48.28 67.25 77.80
    Keuntungan sebelum cukai           17.29                 17.56                     21.98

    (ii)     Penyata Ekuiti Pemilik

    PKPS tiada Modal Berbayar oleh pemegang saham. Ini kerana PKPS ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

    (iii)    Kedudukan Aliran Tunai

      Tahun
    Perkara 2014 2015 2016
      RM Juta
    Aliran Tunai Masuk           85.95                 58.50 178.02
    Aliran Tunai Keluar           90.26 68.47 116.14
    Lebihan/ Defisit            (4.31)                  (9.97)                     61.88

    Nota :

    1. Bagi tahun 2014 dan 2015, defisit tunai ditampung oleh pengeluaran Simpanan Tetap.
    2. Bagi tahun 2016 telah merekodkan lebihan wang kerana terdapat terimaan pampasan tanah disebabkan pengambilan balik tanah oleh Kerajaan Persekutuan.
    • Pada ketiga-tiga tahun ini keuntungan operasi adalah seperti berikut :-
    BUTIRAN TAHUN
    2014 2015 2016
    RM JUTA
    Keuntungan Operasi 6.47 4.04 9.82

     

  2. Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan PKPS

    1. Tahun prestasi yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan :

     

    PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 dan mula beroperasi pada 1 Mac 1973.  Pada peringkat awal PKPS hanya bertindak sebagai agensi yang menjalankan program sosial bagi membantu pekebun dan petani Negeri Selangor melalui Rancangan Tanah Peserta dan Pinjaman kepada penanam-penanam padi sehingga lewat tahun 1990-an.

    Mulai tahun 1999, PKPS bergerak ke arah membangunkan tanah sedia ada dengan tanaman kelapa sawit dan membeli ladang-ladang sawit untuk diusahakan bagi menjana pendapatan. Walau bagaimanapun PKPS mula mencatatkan keuntungan operasi mulai tahun 2011 iaitu sebanyak RM7.2 juta.  Sehingga tahun 2016, PKPS masih kekal mencatatkan keuntungan operasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.