Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

279) PRESTASI KEWANGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan PKNS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2014?

    Berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan, Penyata Kewangan Beraudit Badan Berkanun dijadualkan siap pada bulan Ogos setiap tahun. Sehubungan dengan itu, PKNS tidak dapat mengemukakan prestasi kewangan bagi tahun 2014 kerana perlu melalui proses pengauditan terlebih dahulu

  2. Adakah prestasi kewangan ini terbaik sepanjang penubuhannya?

    Walau bagaimanapun, secara amnya prestasi kewangan PKNS berdasarkan kepada akaun yang belum beraudit pada tahun 2014 menunjukkan prestasi yang stabil dan status kewangan yang kukuh.

Lampiran

Tiada Lampiran.