Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
169) PRESTASI KEWANGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan PKNS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016
Sila rujuk:
i) Lampiran 1 : Penyata kewangan PKNS (Beraudit) tahun 2014
ii) Lampiran 2 : Penyata kewangan PKNS (Beraudit) tahun 2015
iii)Lampiran 3 : Penyata kewangan PKNS (Belum Beraudit) tahun 2016
-
Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan PKNS.
Tahun 2011 merupakan tahun kewangan terbaik PKNS dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM331,230,000.00. Manakala pada tahun 1998 pula merupakan tahun yang mencatatkan prestasi kewangan terendah PKNS iaitu keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM34,067,000.00 ekoran daripada krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1997-1998.