Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
124) PRESTASI KEWANGAN PBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik prestasi pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT di Selangor dari 2008 hingga 2013?
Statistik prestasi pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2011 yang telah diaudit adalah seperti berikut:
(Lampiran A)
-
Berikan pecahan pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT dari 2008 hingga 2013?
Pecahan pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT dari tahun 2008 sehingga 2011 adalah seperti berikut:
(Lampiran B1-B12)
-
Apakah strategi PBT untuk meningkatkan pendapatan dan mengawal perbelanjaan?
Cukai taksiran merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PBT Negeri Selangor. PBT juga memberi fokus untuk meningkatkan aktiviti hasil bukan cukai dalam usaha meningkatkan hasil yang ternyata akan memperkukuhkan rizab Majlis. Antaranya ialah dengan merancang pembangunan ekonomi setempat bagi menggalakkan pelesenan aktiviti penduduk, mengurus harta-harta majlis dengan lebih efisien (nilai sewaan yang kompetitif), penguatkuasaan (denda dan kompaun). Pengawalan perbelanjaan di majlis dengan mengamalkan konsep ‘value for money’ di mana semua perolehan kerja/barang adalah melalui proses sebut harga, tender atau pun undi. Pelaksanaan kerja/ pembelian barang adalah mengikut spesifikasi selain mengamalkan sikap jimat-cermat dengan menggunakan sumber dalaman Majlis.