Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

141) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berakhir Disember tahun 2021 berbanding Disember tahun 2020?

    Prestasi dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Disember 2021 adalah stabil dengan mencatatkan lebihan kewangan sebanyak RM275.84 juta. Ini disumbangkan oleh prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor sebanyak sebanyak RM2,284.10 juta atau 103.82% daripada jumlah anggaran tahun 2021 sebanyak RM2,200 juta. Manakala prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan sehingga 31 Disember 2021, masing-masing merekodkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,160.37 juta atau 95.11% daripada RM1,220.00 juta yang dibelanjawankan dan RM847.89 juta atau 76.87% daripada RM1,103 juta yang dibelanjawankan. Jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus dan pembangunan adalah berjumlah RM2,008.26 juta atau 86.45% daripada keseluruhan belanjawan tahun 2021 sebanyak RM2,323 juta.

    Secara perbandingan, prestasi dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Disember 2020 turut mencatatkan lebihan kewangan sebanyak RM93.22 juta. Prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor merekodkan kutipan sebanyak RM2,257.65 juta atau 102.62% daripada jumlah anggaran hasil sebanyak RM2,200 juta. Manakala prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan sehingga 31 Disember 2020, masing-masing merekodkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,216.18 juta atau 94.81% daripada peruntukan sebanyak RM1,282.82 juta dan RM948.25 juta atau 83.69% daripada RM1,133 juta yang dibelanjawankan. Jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus dan pembangunan adalah berjumlah RM2,164.43 juta atau 89.59% daripada keseluruhan belanjawan tahun 2020 sebanyak RM2,415.82 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.