Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
200) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bagaimanakah prestasi kewangan Negeri Selangor secara perbandingan sejak 3 tahun yang lalu.
Rizab negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki
Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2015, 31 Disember 2016 dan 30
Jun 2017 masing-masing berjumlah RM3,258.61 juta, RM3,051.20 juta dan
RM3,194.19 juta. Perincian adalah seperti di jadual berikut :-
PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN 30.06.2017 31.12.2016
31.12.2015 RM Juta RM Juta RM Juta Wang Awam Wang Tunai
208.80
50.32 234.95
Pelaburan
2,985.39 3,000.88 3,023.66 3,194.19 3,051.20 3,258.61 Dipegang Bagi : Kumpulan Wang Disatukan Akaun Hasil Disatukan
2,087.60
1,450.92
1,595.58
Akaun Pinjaman Disatukan
15.74 0.00 0.00 Akaun Amanah Disatukan
1,090.85 1,600.28 1,663.03 3,194.19 3,051.20 3,258.61 -
Sila huraikan sejauh manakah tempias cukai GST dan inflasi terhadap prestasi kewangan Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri tidak dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). GST yang dikenakan adalah bagi Perolehan Kerja, Perkhidmatan Perunding dan Perkhidmatan Bukan Perunding. Impak pelaksanaan GST terhadap prestasi kewangan Negeri Selangor adalah di mana jumlah GST yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh sepanjang tahun 2016 berjumlah RM96,113,516.71. Ia melibatkan perbelanjaan yang melibatkan pembelian terus, sebut harga, tender & MARRIS. Inflasi sememangnya berlaku akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat faktor-faktor ekonomi semasa. Walau bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil melalui Kawalan perbelanjaan berhemah.
-
Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil bagi memastikan kedudukan kewangan terus kukuh?
Kerajaan Negeri sentiasa mengawal perbelanjaan dan peruntukan yang diluluskan agar dibelanjakan dengan betul dan mengikut peraturan agar tiada program yang dilaksanakan tergendala atau tidak mematuhi spesifikasi yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaggung kos tambahan. Projek-projek yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun yang berkenaan harus dimaklumkan kepada Perbendaharan Negeri sebagai Langkah kawalan. Semua Projek-projek yang diluluskan harus disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kerajaan Negeri juga telah menggariskan langkah-langkah penjimatan kepada setiap jabatan dengan menetapkan syiling dan memotong perbelanjaan yang tidak perlu untuk meningkat rezab sedia ada. Pengurusan dan langkah-langkah proaktif mengutip hasil tertunggak juga sedang digiatkan agar ABT kerajaan negeri terus dikurangkan dan dikutip sepenuhnya. Dengan ini Perancangan Hasil dan belanja dapat di pantau dan mengikut perancangan belanjawan yang diluluskan.