Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
145) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri terkesan dengan kemerosotan ekonomi negara semasa ?
Menurut Bank Negara Malaysia di dalam Laporan Ekonomi 2016, aktiviti ekonomi global diramalkan berkembang pada kadar yang lebih cepat pada tahun 2017, disokong oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri di beberapa ekonomi maju dan ekonomi sedang pesat membangun, serta jangkaan bahawa aktiviti perdagangan di rantau sedang pesat membangun akan pulih. Prospek ini disokong oleh rancangan pengembangan fiskal di beberapa ekonomi utama tertentu dan pemulihan harga komoditi. Walaupun terdapat tanda-tanda positif, prospek ekonomi global secara keseluruhan belum lagi kukuh memandangkan prospek ini boleh terjejas oleh kejutan buruk.
Menurut Laporan Ekonomi 2016 dari Bank Negara Malaysia juga, ekonomi negara dijangka berkembang antara 4.3% hingga 4.8% pada tahun 2017 berbanding 4.2% pada tahun 2016. Semua sektor dalam ekonomi dijangka menyumbang kepada pertumbuhan dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan menerajui pertumbuhan tersebut.
Negeri Selangor sebagai penyumbang utama KDNK negara mempunyai fundamental yang kukuh dalam sektor pembuatan. Walaupun negara mencatatkan penurunan dalam kadar KDNK secara keseluruhan, namun sektor pembuatan menunjukkan trend peningkatan dan terus menyumbang kepada pertumbuhan negara. Dari sudut tersebut, Kerajaan Negeri optimis bahawa kemerosotan ekonomi negara tidak akan banyak memberi kesan kepada prestasi kewangan negeri. Ini dibuktikan dengan anggaran perbelanjaan Negeri Selangor yang diperakui bagi tahun 2017 berjumlah RM3.45 billion. Berdasarkan keyakinan kepada pengurusan ekonomi negeri, sebanyak 52.2% daripada anggaran perbelanjaan tersebut diagihkan kepada perbelanjaan pembangunan bagi terus merancakkan sektor-sektor dan projek-projek yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Kedudukan Kewangan Negeri selangor pula masih kukuh iaitu Prestasi Hasil Kerajaan Negeri dari 1 Januari hingga 30 Jun 2017 telah mencapai RM1,476.58 juta iaitu 57.91 % berbanding belanjawan tahun 2017 manakala Prestasi Perbelanjaan pula telah mencapai RM1,400.15 juta iaitu 40.58% berbanding belanjawan tahun 2017. Perincian ditunjukkan di jadual berikut :-
PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SEHINGGA 30 JUN 2017
Perihal 2017 Belanjawan (Jan-Dis)
Sebenar (1-30 Jun) RM Juta RM Juta % Hasil A 2,550.00 1,476.58 57.91 Perbelanjaan Mengurus B 1,650.00 839.90 50.90 Perbelanjaan Pembangunan C 1,800.00 560.25 31.13 Jumlah Besar Perbelanjaan D = B + C 3,450.00 1,400.15 40.58 Kedudukan Rizab negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan adalah dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2015, 31 Disember 2016 dan 30 Jun 2017 masing-masing berjumlah RM3,258.61 juta, RM3,051.20 juta dan RM3,194.19 juta. Perincian adalah ditunjukkan seperti jadual berikut :-
PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN 30.06.2017 31.12.2016 31.12.2015
RM Juta RM Juta RM Juta
Wang Awam
Wang Tunai 208.80 50.32 234.95
Pelaburan 2,985.39 3,000.88 3,023.66
3,194.19 3,051.20 3,258.61 2,087.60
1,450.92
1,595.58
15.74 0.00 0.00 1,090.85 1,600.28 1,663.03 3,194.19 3,051.20 3,258.61 Dipegang Bagi :
Kumpulan Wang Disatukan
Akaun Hasil Disatukan
Akaun Pinjaman Disatukan
Akaun Amanah Disatukan
-
Berapa banyak jumlah bayaran GST yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja kontrak yang ditawarkan ?
Berkenaan rekod bayaran Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST), semakan Perbendaharaan Negeri mendapati bayaran yang telah dibuat oleh Jabatan yang diberi peruntukan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bagi perolehan kerja dan perkhidmatan sepanjang pada tahun 2016 adalah berjumlah RM96,113,516.71. Perincian adalah seperti berikut:-
BAYARAN GST OLEH JABATAN YANG DIBERI PERUNTUKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR PADA TAHUN 2016
Bil. Kategori Perolehan Bayaran GST (RM) 1. Perolehan Pelbagai Perkhidmatan Dan Kerja 84,261,362.40 2. Perolehan Kerja (Khusus Bagi Projek MARRIS Kendalian PBT)
11,852,154.31 Jumlah Besar (RM) 96,113,516.71 Nota:
Kenaan GST bagi Projek MARRIS kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah / Tanah (PDT) telah diambil kira dalam Bil. 1 – Perolehan Pelbagai Perkhidmatan Dan Kerja berjumlah RM84,261,362.40