Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
48) Prestasi Kewangan Negeri Pasca COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kedudukan kewangan Negeri Selangor Pasca COVID-19?
a) Saya ingin menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Sungai Panjang (soalan nombor 48) dan YB Hulu Bernam (soalan nombor 64) yang bertanyakan soalan yang sama berkenaan dengan prestasi dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri sehingga Oktober 2020.
Secara spesifiknya, kedudukan Kumpulan Wang Disatukan sehingga 16 Oktober 2020 merekodkan angka sebanyak RM2,664.35 Juta. Jumlah ini terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM828.46 Juta manakala Akaun Amanah Disatukan pula adalah sebanyak RM1,835.89 Juta.
Kerajaan Negeri sehingga 16 Oktober 2020, walaupun berdepan dengan Pandemik Covid19 dan ketidaktentuan ekonomi telah menunjukkan prestasi kewangan yang kekal stabil, dengan kutipan hasil Negeri telah mencecah sebanyak RM1,949.09 Juta atau 88.60 peratus daripada RM2,200.00 Juta yang disasarkan pada tahun ini. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah yang responsif terhadap ketidaktentuan pasaran ekonomi domestik dengan melaksanakan instrumen kawalan perbelanjaan yang berhemah. Hasilnya Perbelanjaan Mengurus telah mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM877.84 Juta atau 73.15 peratus daripada jumlah RM1,200.00 juta yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2020. Manakala Perbelanjaan Pembangunan pula telah mencecah RM574.04 Juta atau 50.67 peratus daripada jumlah RM1,333.00 Juta yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri dalam memastikan prestasi kewangan Negeri Selangor dalam keadaan yang stabil dan sihat?
(b) dan (c) dijawab bersekali:
YB Sungai Panjang juga turut bertanyakan soalan berkenaan pelan dan tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berada di dalam keadaan stabil.
Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa strategi untuk menstabilkan kedudukan kewangan Negeri Selangor. Strategi pertama ialah melalui instrumen kawalan perbelanjaan secara berhemah dan kawalan defisit. Strategi ini bagi memastikan aliran tunai Kerajaan Negeri sentiasa sihat dan berkeupayaan memenuhi keperluan tunai operasi. Strategi ini juga bagi memastikan angka defisit yang diunjurkan pada akhir tahun ini boleh dibiayai oleh rezab semasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengunjurkan angka defisit yang lebih kecil pada akhir tahun ini berbanding dengan angka defisit sebanyak RM133 juta yang dibelanjawankan untuk tahun 2020 ini.
Strategi yang kedua ialah dengan mengoptimumkan kutipan hasil khususnya cukai tanah dan premium tanah. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan di dalam meningkatkan Hasil Cukai Tanah adalah seperti berikut :
(i) Kerajaan Negeri melalui Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa 1 yang diumumkan pada 20 Mac 2020 telah melanjutkan tempoh akhir bayaran cukai tanah/petak dari 31 Mei kepada 30 Jun 2020 dan dalam Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa 2 telah melanjutkan sekali lagi tempoh akhir bayaran cukai tanah/petak dari 30 Jun kepada 31 Julai 2020;
(ii) Pejabat Daerah/Tanah berusaha untuk mengatasi kehilangan hasil cukai tanah dengan kutipan turun padang di kawasan-kawasan yang dikenalpasti iaitu kawasan perumahan dan tempat-tempat tumpuan awam bagi memudahkan orang ramai untuk membayar cukai tanpa perlu hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah; dan
(iii) Selain itu, usaha meningkatkan kesedaran mengenai pembayaran cukai tanah juga dilaksanakan melalui hebahan flyers dan surat khabar.
Manakala usaha-usaha yang telah dibuat bagi pengurusan kutipan Hasil Premium Tanah adalah dengan memberi kemudahan kepada pemaju atau individu membayar premium tanah secara berperingkat tanpa menjejaskan hasrat pemajuan tanah. Inisiatif ini dilaksanakan dengan cara:
(i) melanjutkan tempoh pembayaran premium Notis Borang 5A dan premium tambahan Notis Borang 7G sehingga 30 September 2020 bagi notis-notis yang akan tamat dan telah tamat tempoh bayaran dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Ogos 2020;
(ii) pembayaran premium tanah secara ansuran selama 6 bulan sehingga 31 Mac 2021 kepada Notis Borang 5A dan Notis Borang 7G yang belum tamat tempoh dalam Fasa 6 PKPP (10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020); dan
(iii) Dasar kelulusan 100 hari bagi urusan Kebenaran Merancang dan pembangunan tanah dengan kaedah bayaran deposit premium sebagai insentif pelaburan di Negeri Selangor. Mekanisme ini mengenakan deposit dengan kadar 150% daripada jumlah premium berdasarkan nilaian awal Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan bayaran pendaftaran hak milik akan ditolak daripada deposit premium tersebut. Sekiranya terdapat lebihan, deposit akan dikembalikan kepada pemohon. Langkah ini juga membantu pihak pelabur memperoleh kelulusan dalam urusan pembangunan tanah dalam tempoh masa yang singkat.
Selain daripada itu bagi hasil urus niaga tanah yang lain, pihak Pejabat Tanah dan Galian Selangor juga telah membangunkan sistem pembayaran perserahan urusniaga dan bukan urusniaga bagi hakmilik tanah dan strata secara atas talian melalui medium Sistem Smartbox. Pelanggan yang berurusan di PTGS meliputi firma guaman, orang ramai, jabatan, agensi boleh membuat pembayaran perserahan secara atas talian dengan menggunakan kaedah FPX tanpa perlu hadir ke kaunter dan seterusnya melaksanakan perserahan secara layan diri melalui kiosk yang disediakan.
-
Apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menstabilkan kedudukan kewangan Negeri Selangor?