Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
229) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan KSSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016
Prestasi kewangan KSSB yang merangkumi Penyata Pendapatan, Penyata Ekuiti Pemilik dan Penyata Aliran Tunai beraudit KSSB bagi tahun 2014 – 2016 adalah seperti berikut:-
RM’Juta Perkara/Tahun 2014 2015 2016 Pendapatan 117.9 114.7 Nota Keuntungan Kasar 42.9 33.7 Keuntungan Operasi 30.9 25.9 Nilai aset bersih 28.8 44.9 Ekuiti Pemilik 30.1 45.7 Baki Tunai 33.5 15.0 Nota:
Prestasi kewangan bagi tahun 2016 masih belum lengkap memandangkan KSSB masih lagi di dalam proses memuktamadkan penyata kewangan beraudit bagi tahun tersebut.
-
Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan KSSB
Tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan KSSB adalah seperti berikut:-
Perkara Tahun Prestasi Kewangan Pendapatan Keuntungan Kasar Keuntungan Operasi Terbaik 2014 117.9 42.9 30.9 Terburuk 2008 4.8 2.0 1.2