Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
218) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016.
Ringkasan prestasi kewangan KHSB (Kumpulan) dari tahun 2014 sehingga 2016 (sebelum diaudit) adalah seperti berikut:
Perkara / Tahun 2014 2015 2016 (belum diaudit) RM’ juta Keuntungan/(kerugian) selepas cukai dan zakat (243.705) 269.042 (35.954) Ekuiti pemilik 43.248 278.907 244.718 Aliran tunai bersih (baki pada akhir tahun) 10.575 112.028 15.612 -
Nyatakan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk dalam sejarah KHSB
Prestasi kewangan KHSB (Kumpulan) yang terbaik:
Prestasi kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 adalah yang terbaik sejak KHSB ditubuhkan, hasil daripada kejayaan proses penstrukturan semula dan pemulihan syarikat. Keuntungan selepas cukai dan zakat sebanyak RM269.042 juta adalah antaranya disumbangkan oleh keuntungan daripada “de-consolidation” SAP Holdings Bhd. dan anak-anak syarikatnya sebanyak RM237.73 juta lanjutan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menggulung syarikat SAP Holdings Bhd beruat kuasa pada 7 Ogos 2015.
Prestasi kewangan KHSB (Kumpulan) yang terburuk:
Prestasi kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 adalah yang terburuk dicatatkan oleh KHSB. Kerugian selepas cukai dan zakat sebanyak RM243.705 juta adalah antaranya disumbangkan oleh peruntukan ganti rugi atas tindakan undang-undang yang diambil oleh pihak ketiga (RM171.849 juta) dan penalti ke atas cukai pendapatan (RM27.874 juta)
Nota:
Keuntungan/(kerugian) yang dicatatkan adalah selepas mengambil kira pelarasan-pelarasan pada tahun-tahun yang berkenaan