Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
148) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai tahun 2017.
Ringkasan prestasi kewangan KHSB (Kumpulan) pada tahun 2017 (yang belum diaudit) adalah seperti berikut:
No.
Perkara / Tahun
2017 (belum diaudit) RM’ juta 1. Kerugian selepas cukai dan zakat 12.825 2. Ekuiti pemilik 310.986 3. Aliran tunai (baki pada akhir tahun) (5.834)* *baki pada akhir tahun (RM5.834) juta setelah mengambilkira penggunaan kemudahan bank overdraft sebanyak RM29.974 juta
-
Nyatakan anggaran pendapatan KHSB pada tahun 2018.
Anggaran pendapatan KHSB (Kumpulan) pada tahun 2018:
Berdasarkan kepada bajet dan pelan perniagaan yang telah dirangka di peringkat KHSB, anggaran hasil / pendapatan oleh KHSB (Kumpulan) pada tahun 2018 adalah seperti jadual berikut:
No
Perkara / Tahun
2018 (bajet) RM’ juta 1. Hasil / Pendapatan 373.411 2. Keuntungan selepas cukai dan zakat 63.970 Anggaran hasil / pendapatan seperti yang tertera diatas adalah disumbangkan, antara lain daripada transaksi-transaksi berikut:-
Pengiktirafan pendapatan daripada projek usahasama di Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor sebanyak RM160.00 juta. Pengiktirafan hasil/ pendapatan pada tahun 2018 adalah bergantung kepada kebenaran dan juga kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan yang perlu diperolehi dalam tahun 2018; dan
- Pengiktirafan pendapatan daripada penjualan tanah-tanah lot industri di Pulau Indah, Selangor sebanyak RM201.65