Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

221) PRESTASI KEWANGAN DAN USAHA BAGI MENINGKATKAN JUMLAH KEMASUKAN PELAJAR KE UNISEL

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi pemasaran yang dilakukan pada tahun 2016 hingga 2017 bagi meningkatkan jumlah pelajar memasuki UNISEL?

    Bagi meningkatkan jumlah pelajar, UNISEL telah mempergiatkan lagi usaha pemasaran ke seluruh negeri khususnya di negeri Selangor. Strategi pemasaran yang paling utama pada tahun 2016 dan 2017 adalah bersifat “dedicated marketing” yang memberikan impak yang lebih berkesan dan dalam masa yang sama lebih menjimatkan kos. Meskipun sedar akan suasana persaingan yang sengit dengan lebih 20 Universiti Awam (UA) dan lebih 400 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), namun strategi ini dilihat berjaya meningkatkan jumlah pengambilan pelajar dan menyekat tren kemerosotan yang berlaku sejak tahun 2008. Program pemasaran yang bersifat “dedicated marketing”  seperti  mengadakan Bengkel Pemasaran bersama fakulti, aktiviti pemasaran di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan Pusat-pusat Tuisyen di bawah Kerajaan Selangor, mengadakan kelas motivasi, Pameran Pendidikan yang dianjurkan oleh KPT, lawatan ke sekolah-sekolah terpilih dan sebagainya berjaya menarik minat pelajar untuk meneruskan pengajian di

    Selain itu, inisiatif meningkatkan pelajar  juga  dilakukan  melalui  usaha meningkatkan imej universiti secara total sejak awal tahun 2016 dan diteruskan sehingga kini. Ini termasuklah melalui pelbagai program yang telah dianjurkan seperti Pameran Akademik UNISEL. UNISEL juga telah menganjurkan  Hari Terbuka UNISEL pada 20-22 Mei 2017 yang memberikan impak yang sangat besar. Buktinya pada pengambilan pelajar 8 Julai 2017, buat pertama kali dalam sejarah pengambilan pelajar untuk semester pendek, pengambilan pelajar telah mencecah lebih 1,000 orang. Statistik kemasukan pelajar untuk semester pendek sebelum ini tidak pernah melebihi 500 orang. Selepas melihat kesan yang positif

    daripada Hari Terbuka UNISEL ini, pihak pengurusan universiti telah memutuskan untuk mengadakan sekali lagi Hari Terbuka 2.0 yang dijadualkan pada 25-27 Ogos 2017. Pelajar UNISEL keseluruhannya kini telah mencecah lebih 10 ribu orang. Melihat kepada keberkesanan program di Hari Terbuka UNISEL, kini universiti merancang untuk mengadakan Hari Terbuka 3.0 pada 1-3 Disember 2017. Kini, buat pertama kalinya kampus UNISEL Bestari Jaya dipilih sebagai venue untuk Hari Terbuka 3.0. Penglibatan fakulti dan jabatan diberikan fokus. Setiap fakulti dan jabatan perlu mengadakan aktiviti yang boleh menonjolkan kepakaran dan program fakulti masing-masing.

    Pada 27-29 Oktober 2017 , pihak Astro Oasis dengan kerjasama Menteri Besar  Incorporated (MBI) dan Smart  Selangor  (Kerajaan Negeri  Selangor)  akan mengadakan Konsert Soul Station #Satu Destinasi Sempena Sambutan 10 Astro Oasis. Konsert bertemakan keIslaman ini akan mengetengahkan sebahagian besar penyampai, penceramah motivasi dan penyanyi lagu-lagu dakwah. UNISEL telah dipilih sebagai  venue  oleh  pihak  Astro kerana  kejayaan  UNISEL menganjurkan Program Hari Terbuka  UNISEL  1.0 dan 2.0 pada awal dan pertengahan tahun ini.

    Dalam masa yang sama, pelan pemasaran juga diteruskan seperti sebelum ini, iaitu melalui pengiklanan di papan-papan tanda/billboard, pengiklanan di radio, media sosial dan surat khabar khususnya Sinar Harian. Sebanyak lapan billboard telah dinaikkan di lokasi-lokasi berikut iaitu 2 di Bukit Tagar dan satu di setiap lokasi seterusnya seperti di Sabak Bernam, MRR2, Pendang, Bandar Baharu, Yong Peng dan Pagoh.

    Program-program CSR universiti juga diteruskan seperti yang dilakukan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui Program CAKNA yang begitu aktif, hasilnya nama UNISEL semakin dikenali oleh masyarakat. Antara aktiviti pemasaran dari September – November 2017 adalah program Jelajah IPT Pusat Tuisyen Rakyat (PTRS) siri 1-3, Pecutan Akhir SPM di PTRS DUN Bukit Lanjan, Bengkel SPM di SMK Seksyen 7 Shah Alam, Larian Universiti Selangor Sempena Program Generasi Berimpak di Kompleks Sukan Pendamaran Klang dan Perkampungan & Bengkel Seni Visual yang melibatkan 15 Sekolah Aliran Sastera –Seni Visual bertempat di kampus Bestari Jaya.

    Bagi memastikan  universiti ini  terus  berdaya  saing, UNISEL  juga telah mewujudkan feeder dengan memperkenalkan Skim Dermasiswa dan menubuhkan Smart Tahfiz di Kampus Bestari Jaya.

     

    Skim Dermasiswa merupakan adalah skim yang memberi Yuran Pengajian Secara Percuma yang diberikan kepada semua pelajar Tahun Asas. Melalui skim ini, pelajar diwajibkan untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda setelah tamat program Pengajian Asas di UNISEL. Sehingga

    kini, seramai 623 pelajar telah mengambil Skim Dermasiswa sejak tahun 2016. Daripada jumlah ini, 151 telah pun menyambung pengajian di UNISEL dalam  ijazah sarjana muda. Keseluruhan pelajar Dermasiswa kini berjumlah 472. Skim ini memberi peluang pendidikan percuma kepada semua pelajar di negara ini. Skim ini bukan sahaja menjadi pilihan pelajar susah tetapi mendapat pilihan pelajar cemerlang. Seorang pelajar cemerlang 9A dari Kelantan telah memilih Skim Dermasiswa. Rekod pencapaian pelajar Asas TESL adalah 35% daripada mereka mendapat CGPA 3.5. Ini menunjukkan Skim  Dermasiswa berjaya  melahirkan pelajar cemerlang.

    Manakala bagi program Smart Tahfiz Masjid UNISEL pula, pelajar-pelajar tahfiz ini diberikan tuisyen untuk menduduki peperiksaan SPM. Kini terdapat seramai 63 orang pelajar yang akan mengambil SPM pada tahun ini. Mereka ini merupakan prospek UNISEL dalam usaha universiti ini untuk melahirkan Tahfiz yang profesional. Bagi pengambilan 2018, pihak Smart Tahfiz sudah menerima sebanyak 233 permohonan. Terdapat 3 siri ujian kelayakan dibuat dan akan diadakan pada 7 Okt, 11 November dan 8 Disember.

     

  2. Apakah pendekatan terkini yang dilakukan bagi memperbaiki prestasi kewangan UNISEL?

    UNISEL telah melakukan penstrukturan semula bagi pembayaran hutang secara “direct negotiation”. Penjadualan semula pembayaran hutang ini dibuat secara berperingkat dan UNISEL komited terhadap semua hutang yang

    Penjadualan semula hutang ini dijangka selesai menjelang bulan Ogos 2017. UNISEL berjaya menyelesaikan semua tunggakan hutang sejak dahulu. Hutang  jangka panjang pula  adalah melalui pembayaran berjadual oleh Kerajaan Negeri.

    Selain itu, UNISEL juga telah menjalankan langkah penjimatan yang drastik bagi mengurangkan kos perbelanjaan operasi termasuk mengeluarkan tender secara terbuka bagi kerja-kerja pembersihan di Kampus Bestari Jaya dan Shah Alam, penstrukturan semula faedah perubatan staf yang mana telah memberi banyak penjimatan kepada kos perubatan staf dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien.

    Pengurusan Universiti juga memperkenalkan tugasan secara

    `multitasking’ di mana staf harus melakukan beberapa kerja yang diarah bagi mengoptimumkan fungsi staf dan mengurangkan pengambilan staf baharu.

     

    Melalui rasionalisasi fakulti yang diperkenalkan pada pertengahan tahun 2016, UNISEL dapat membuat penjimatan di mana proses rasionalisasi yang menggabungkan lapan fakulti kepada empat fakulti sahaja dan dengan ini juga fakulti mengalami proses  penstrukturan  tenaga akademik. Ianya melibatkan pengurangan pengambilan tenaga pengajar luar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini berjaya menjimatkan kos operasi dan mengoptimumkan penggunaan staf akademik.

    Dengan beberapa langkah penjimatan yang diperkenalkan sejak awal tahun 2016, prestasi kewangan UNISEL telah menampakkan  kesan  yang positif apabila draf  audit  bagi  tahun  2016  menunjukkan perkembangan kewangan yang meyakinkan bahawa UNISEL mampu memperbaiki prestasi kewangannya.

  3. Nyatakan usaha proaktif yang dilakukan bagi menjadikan UNISEL sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre Of Excellence).

    Universiti Selangor (UNISEL) telah berusia 18 tahun terus berusaha ke arah kecemerlangan, maka antara langkah bijak untuk menjadikan UNISEL sebagai universiti yang cemerlang dari segi akademik dan penyelidikan ialah dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan. Kebanyakan universiti-universiti utama di dunia mempunyai pusat seperti ini. Universiti telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk Geran

    Pusat Kecemerlangan ditubuhkan bagi membantu melonjakkan nama UNISEL dalam semua bidang. Di bawah Pusat Kecemerlangan terdapat lapan (8) institut iaitu :

    • Institut Bio-IT Selangor (Bio-IT),
    • Institut Kajian Malaysia-Indonesia (IKMI),
    • Institut Maqasid Syariah (INSMAQ),
    • Institut Epistemologi Ilmu Islam dan Pembaharuan Kurikulum (IIECR),
    • Institut Kejuruteraan Sukan (ISE),
    • Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) dan;
    • Institut Halal Antarabangsa;
    • Institut Sains Bumi dan Teknologi Alam Sekitar (ESET)

    Bagi i) Institut Bio-IT dan ii) IKMI yang terlebih dahulu diwujudkan telah menjalankan pelbagai kerjasama dan aktiviti sehingga nama UNISEL telah dikenali di universiti-universiti luar negara seperti University of Oxford, University of Cambridge, University of Manchester, University of Petra, King Abdullah University of Science and Technology, Universiti Teknologi Bandung, Universiti Andalas dan lain-lain lagi.

    Enam institut yang agak baru diwujudkan juga telah mula menjalankan aktivitinya yang tersendiri yang turut membantu meningkatkan nama UNISEL dalam kalangan masyarakat luar. Setiap institut turut merancang pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan pelajar, pensyarah dan masyarakat luar. Program-program yang sedang diatur akan menambah ilmu pengetahuan,

    memberi peluang menjalankan penyelidikan, melatih pelajar untuk berani memberikan pendapat dan sebagainya. Pendekatan program-program ini adalah “contemporaneous” sesuai dengan perubahan dan keperluan zaman.

    Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan sedang diatur oleh setiap institut bagi membantu UNISEL ke arah kecemerlangan.

     

    iii)          Institut Maqasid Syariah (Insmaq)

    Sebagai sebuah institut di dalam pusat kecemerlangan, Institut Maqasid Syariah (INSMAQ) UNISEL bergerak dengan memulakan agenda menjalankan Wacana Maqasid berteraskan isu-isu semasa. Wacana pertama telah diadakan dan dibentangkan oleh Tokoh Maqasid Antarabangsa, iaitu Prof. Dr. Jasser Auda pada Februari 2017 bertajuk : Education in Maqasid Perspective. Beberapa wacana bertemakan Syariah dan Pembangunan Ummah sedang di dalam proses penganjuran dengan kerjasama International Institute of Advanced Islamic Studies (AIS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    INSMAQ juga menekankan aspek penerbitan dan penterjemahan melalui buku bertajuk Negara Madani Menurut Maqasid tulisan Prof. Dr. Jasser Auda. Begitu juga agenda penterjemahan karya agung bertajuk Mausu’ah Qawaid Fiqhiyyah (Ensiklopedia Kaedah Fiqh) sebanyak 13 Jilid yang sedang giat dijalankan. Sementara itu, UNISEL juga melalui Institut Maqasid dalam rangka menubuhkan Regional Maqasid Resource Centre. Sebagai sebuah pusat yg mempunyai pusat maqasid, UNISEL sedang mengumpulkan bahan-bahan termasuk buku turath, kontemporari termasuk Jurnal dan kertas kerja yang berkaitan Maqasid Syariah. Pusat ini akan mampu menjadi one stop centre bidang maqasid bagi seluruh IPT di Malaysia.

    iv)         Institut    Epistemologi Ilmu Islam Dan Pembaharuan Kurikulum (IIECR),

    IIEECR telah memulakan perjalanan institut ini dengan menganjurkan satu program Perbincangan  Meja  Bulat  dan  Syarahan  Umum  oleh  Dr. Ghazali Basri yang bertajuk “Pendidikan Islam: Huraian Konsep dan Aplikasi” yang telah diadakan pada 19 April 2017 di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya.

    Program yang kedua diadakan adalah Staff Enhancement Series 1/2017

    yang disampaikan oleh Prof.Dr. Mohamed Aslam Haneef yang bertajuk

    Islamic Economics and Finance Education: Issues and Implications telah diadakan pada 3 Mei 2017 di UNISEL Shah Alam.

    Beberapa program lain juga telah dirancang dan akan diadakan tidak lama lagi seperti Kerjasama Seminar dengan Institut Maqasid Syariah, penerbitan monograf Staff Enhancement Series 2/2017 dan sebagainya.

    Usaha-usaha di atas secara tidak langsung akan dapat menaikkan nama UNISEL sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan yang menitik beratkan nilai-nilai murni dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

    Selain itu, usaha yang dilakukan untuk menaikkan Ilmu Islam juga akan dapat membantu memperkembangkan UNISEL sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan di rantau Asia dan dunia kerana Epistemologi Ilmu Islam adalah sebuah cabang wacana akademik yang sentiasa diberi perhatian oleh sarjana-sarjana Islam di peringkat dunia.

     

    V)             Institut Kejuruteraan Sukan (ISE)

     

    Institut kejuruteraan sukan atau nama singkatannya adalah ISE. Visi bagi ISE adalah untuk menjadi inisiatif inovasi dalam bidang sains fizikal manakala misinya adalah menggembleng semua sumber dan kecekapan untuk mencabar status quo penyelesaian kejuruteraan dalam sukan ke dalam inovasi untuk mencipta peluang yang baru.

    Justifikasi bagi penubuhan ISE adalah merupakan satu peluang yang baik bagi Universiti Selangor untuk mengukuhkan dan menggunakan modal fizikal dan manusia yang menggabungkan peningkatan kerjasama antara sinergi kakitangan, industri dan masyarakat.

    Ia memberi keyakinan kepada orang ramai, industri dan pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara untuk menjalankan penyelidikan, pembangunan dan perniagaan bersama secara langsung dalam kluster perindustrian sukan di mana hasil penyelidikan dapat dikomersialkan dan mencapai pasaran dengan lebih cepat. Semua sumber yang ada dapat memberi manfaat besar untuk membangunkan penyelesaian kejuruteraan untuk meningkatkan sukan khususnya di Malaysia.

    Projek-projek yang dijalankan adalah di bawah semangat kemunculan sukan di mana UNISEL akan menyediakan pengalaman dunia nyata untuk pelajar-pelajar dalam persekitaran kerja masyarakat yang menggunakan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang diperoleh dalam

    mana-mana projek yang dilaksanakan. Pengalaman penting ini harus menjadi komponen relevan dalam keperluan industri sukan.

    Selaras dengan falsafah UNISEL Leading Transformation – projek yang dijalankan akan menunjukkan keupayaan pelajar untuk mensintesis dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperolehi di bawah kemudahan dan keperluan sukan ke dalam isu dunia sebenar dan mencabar keupayaan untuk menang.

     

    Objektif projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

    1. Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mensintesis pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari kursus / program mereka, pengalaman kepimpinan dan penglibatan ko-kurikulum dalam satu projek;
    2. Untuk menyediakan pelajar dengan kualiti kepimpinan di dunia global;
    3. Untuk meningkatkan ke boleh pasaran pelajar dengan membenarkan mereka mempamerkan pembelajaran, menyelesaikan masalah dalam dan masalah kemahiran kepimpinan setelah mereka lulus;
    4. Untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengalaman akademik kepimpinan mereka ke bidang kepentingan mereka;
    5. Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kemahiran kepimpinan dan sikap yang baik serta menunjukkan kemahiran mereka;
    6. Untuk menunjukkan keupayaan pelajar untuk bekerja dalam kumpulan dan individu untuk mencapai projek sebenar, dan;
    7. Untuk membantu pelajar dalam menapis dan mengasah kepimpinan dalam senario organisasi.

    Komponen-komponen Perniagaan

    A. PUSAT AUTOMOTIF UNI-TAG:
    1.        Pusat                Akademi Automotif Sebagai pusat menyediakan latihan kemahiran automotif dan “motorsport” dibawah inisiatif TVET
    2.        Pusat                    Servis Automotif Pusat pembangunan, penyelenggaraan dan khidmat kerja bagi komersial dan kenderaan- kenderaan khusus
    3.        Pusat “Motorbike” Pusat                R&D,                           penyambungan, penyelenggaraan & servis, dan kerja-kerja “testing” untuk motor lumba, superbike, ATV dan motorbike komersial
    4.        Pusat “Motorsport” Pusat R&D, penyelenggaraan & servis &

     

      kerja-kerja “testing” untuk kereta lumba
    5.        Pusat Basikal Pusat penyelidikan, penyelenggaraan & servis & “testing” bagi “bike” komersial dan pertandingan perlumbaan “road/off road” “bike”
    6.        Pusat         “Motorbike” Elektrik Pusat untuk eBike dibawah “dealership business model and sales distribution ship”, “authorized maintenance & services centre and R&D activities”
    7.       Pusat                Pembangunan “Parts” Pusat Pembangunan bahagian automotif dan pelincir
    8.        Pusat                     untuk “Parasports” Pusat Pembangunan peralatan keperluan bagi seseorang yang kekurangan dari segi fizikal dicipta khas dan khusus mengikut keperluan mereka dalam sukan.
    B: ACARA & “SPORTS-TOURISM”:
    9.        “Sports-Tourism” “Lands for housing sports tourism, motorsport racing circuit, ATV, Motorcross, Go-cart Cycling and watersport activities (Jetski, Flying Board, Power Boat, Maintenance & Services Centre)”
    10.      Acara Sukan Kumpulan  pengurusan  bagi                     menguruskan dan membantu dalam acara sukan.

     

    1. Institut Kajian Pilihan Raya Dan Pemajuan Demokrasi (IESAD)

     

    Institute of Electoral Studies and Advancement of Democracy (IESAD) telah dilancarkan pada 27 Februari 2017. Bersempena dengan pelancaran institut ini, sebuah forum yang bertajuk Wujudkah Demokrasi Sebenar di Malaysia turut diadakan dan saya merupakan salah seorang daripada panel jemputan. Sepanjang hampir lima bulan ditubuhkan, institut ini telah menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah Institut Darul Ehsan (IDE) khususnya dalam menjalankan kajian survei. Dalam aspek penyelidikan, IESAD juga telah menghasilkan Kajian Rintis Analitik Big Data Serta Analitik Sentimen bagi Isu-isu Berkaitan Politik Semasa. Sementara itu, aspek penerbitan juga dititik beratkan dan sehingga kini IESAD telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “Islam, Demokrasi dan Politik Bangkangan di Malaysia” dan sebuah laporan bertajuk “Kajian Iklim

     

    Politik Pilihan Raya di Sarawak dan Kaitannya dengan Senario Politik di Selangor”. Penubuhan institut ini dilihat mampu bagi membantu menghasilkan kajian-kajian dalam usaha untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

    vii)                         Institut Halal Antarabangsa

     

    Institut Halal Antarabangsa merupakan institut yang ditubuhkan oleh UNISEL dan turut diletakkan di bawah Pusat Kecemerlangan. Institut ini telah ditubuhkan pada 6 Jun 2017 bersempena dengan Syarahan Profesor Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Institut ini telah mengorak langkah awal apabila telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dengan Halal International Selangor semasa penubuhannya. Modul Halal Competent Technical Person sedang diuruskan di bawah Ketua Program Pembangunan Profesional, En.Mohd. Sholihin Mohamad. Modul ini adalah sebagai T.O.T untuk pembangunan kapasiti dan profesional industri Halal. Satu pasukan penyelidikan dari UNISEL telah ditubuhkan untuk bidang berkaitan halal secara holistik. Sementara itu, satu perancangan berkenaan lokasi tapak penyelidikan halal di Pulau Indah telah dicadangkan kepada UNISEL oleh Spectrum Sdn Bhd.

    viii)                            Institut Sains Bumi dan Teknologi Alam Sekitar (ESET)

     

    Institut Sains Bumi dan Teknologi Alam Sekitar (ESET) ditubuhkan bagi menyahut gerakan Transformasi UNISEL dan saranan Y.Bhg. Dato’ Presiden UNISEL supaya dipelbagaikan penyelidikan untuk turut melibatkan kumpulan sasaran di Negeri Selangor. Institut ini beroperasi di bawah Pusat Kecemerlangan UNISEL.

     

    Arah tuju ESET adalah untuk melibatkan ramai pensyarah dalam dan luar UNISEL di dalam bidang kepelbagaian biodiversiti bahkan juga pensyarah dari bidang kejuruteraan dan teknikal dapat digabungkan.

    Selai itu, ESET dapat bersaing dalam usaha mendapatkan lebih banyak dana penyelidikan dan pengurusan yang sedia ada di bawah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Negara.

    Beberapa hasil kajian berkaitan tentang sains bumi dan alam sekitar telah berjaya ke jurnal antarabangsa. Antara jurnal-jurnal tersebut adalah seperti berikut:

     

    1. Journal of Coral Reefs, DOI 10.1007/s00338-010-0618-1, 2010.
    2. Kuwahara, V.S., R. Nakajima, B.H.R. Othman, M.R.M. Kushairi, and
    3. Toda, 2010. Spatial variability of UVR attenuation and bio-optical factors in shallow coral-reef waters of Malaysia.

     

    1. Sains Malaysiana 39(3)(2010): 395-403, 2010

     

    1. Yoshida, T., K Akagi, T. Toda, M.R.Kushairi, A.A.A.Kee and B.H.R. Othman, 2010. Evaluation of fish behavior and aggregation by underwater videography in an artificial reef in Tioman Island, Malaysia.

     

    1. Visual Informatics, Springer-Verlag Berlin Heidelberg, ISBN 978-3-642- 25190-0, LNCS 7066/2011. Shamsuddin, Mohd Kushairi M. R.,Wan Ahmad W. F., Baharudin B. & Farahwahida M., 2011. Image Enhancement of Underwater Habitat Using Color Correction Based on Histogram.

     

    1. Journal of Estuarine, Coastal and Shelf Science, 126, 34-43,

     

    1. Keiko Mizubayash, Victor S. Kuwahara, Thirukanthan C. Segaran, Kassim Zaleha, A.W.M.Effendi, R.M. Kushairi and Tatsuki Toda, 2013. Monsoon variability of ultraviolet radiation (UVR) attenuation and bio-optical factors in the Asian tropical coral-reef waters.

     

    1. Journal of Applied and Environmental Microbiology, 79:23 (7160-7168), 2013.

     

    1. Nobuyuki Kawasaki, N., K. Komatsu, A. Kohzu, N.Tomioka, R.Shinohara, T.Satou, F.N.Watanabe, Y.Tada, K.Hamasaki, R.M. Kushairi and A. Imai, (2013). Bacterial contribution to dissolved organic matter in eutrophic Lake Kasumigaura, Japan.

     

    1. Marine Park Malaysia, Expert Group Meeting, Ministry of Natural Resource & Environment of Malaysia, Penang, 8-9 December,

     

    1. Kushairi, M.R.M., 2014. Spratly Island – Beyond scenic view and broadcasting.

     

    1. International Journal   of    Science: Basic    and    Applied    Research (IJSBAR), Vol. 19, No 1, pp 27-36,

     

    1. Mohd Fadzil, S.R., R.M. Kushairi, S. Mohd Nasir, A.H. Ainil Hawa and A.H.Faiza Riza, 2015. The effective of detritus balls on cockle (Anadara granosa) growth.

     

    Di bawah Pusat Kecemerlangan ini beberapa aktiviti ilmiah Universiti telah diadakan antaranya adalah :

     

    1. Syarahan Profesor – Setiap professor di UNISEL dikehendaki membentangkan kajian ilmiah mereka dan syarahan pertama dimulai pada 6 Jun 2017, di Hotel Concorde Shah Alam oleh Prof Dato Dr Noor Inayah Yaakub. Ia akan diikuti dengan syarahan berikutnya oleh Prof.Dr Shaharuddin bin Badaruddin pada 15 Disember 2017.Syarahan Profesor ini diadakan secara berkala yang bakal menampilkan semua professor di universiti ini;

     

    1. Siri Syarahan Awam Darul Ehsan (Darul Ehsan Public Lecture Series) – Syarahan ini bersifat kontemporari yang akan mengupas isu-isu semasa Kerajaan Negeri Selangor. Syarahan pertama dimulai dengan Prof. Dr. Mohd.Faiz Abdullah, Dekan Selangor Business School, UNISEL pada 19 September 2017. Ceramah bertajuk “Propelling Selangor’s Transformation Into A Regional Smart State”. Ceramah yang banyak mengetengahkan bagaimana Selangor mengatur Transformasi Negeri Selangor menuju Negeri Pintar di Rantau ini;

     

    1. STAFF ENHANCEMENT SERIES 3/2017 – sebanyak enam siri disediakan untuk tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.