Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

90) PRESTASI KEWANGAN AIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi kewangan Air Selangor secara keseluruhan?

    Pada tahun 2023, hasil telah meningkat sebanyak 12.5% ​​daripada RM2,260.6 juta pada tahun 2022 kepada RM2,542.4 juta, susulan daripada pelarasan tarif bagi kategori bukan domestik dan khas yang telah dilaksanakan pada 1 Ogos 2022.

    Dalam tempoh yang sama, kos juga telah meningkat pada kadar 8.7% daripada RM3,230.7 juta kepada RM3,512.2 juta (termasuk kos susut nilai, pajakan dan pinjaman), terutamanya disebabkan oleh kenaikan (i) kos pinjaman akibat daripada peningkatan dalam jumlah Sukuk Murabahah yang diterbitkan untuk membiayai kos menaik taraf infrastruktur air daripada RM3.4 bilion kepada RM5.1 bilion, (ii) kos elektrik disebabkan peningkatan Imbalance Cost Pass Through (ICPT) surcaj yang dikenakan oleh Tenaga Nasional Berhad daripada RM0.037 / kWh kepada RM0.20 / kWh untuk kategori tarif E2 dan G pada 1H2023, dan (iii) kos penyelenggaraan dan pembaikan aset agihan air yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kos pembaikan yang lebih tinggi susulan daripada peningkatan usaha pengesanan kebocoran untuk mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW).

    Hasilnya, Air Selangor telah mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM610.0 juta, iaitu pengurangan daripada RM1,147.4 juta yang dicatatkan pada tahun 2022.

  2. Apakah purata harga jualan dan harga kos satu m3 air oleh Air Selangor?

    Purata harga jualan air pada tahun 2023 telah meningkat daripada RM1.59 / m3 pada tahun 2022 kepada RM1.76 / m3. Namun begitu, purata harga jualan air ini masih rendah berbanding kos satu m3 air yang berjumlah RM2.55 / m3I.

  3. Apakah kadar faedah purata bagi semua pinjaman Air Selangor?

    Kadar faedah purata bagi semua pinjaman Air Selangor adalah 4.49%.

Lampiran

Tiada Lampiran.