Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
67) PRESTASI KETUA-KETUA KAMPUNG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Secara keseluruhan bagaimanakah prestasi mereka?
Secara keseluruhan daripada 368 orang Ketua-Ketua Kampung di Selangor, seramai
73% telah menjalankan tugas serta memikul tanggungjawab dengan baik dengan
purata markah prestasi melebihi 85%. -
Adakah kalangan mereka dianggap salah pilih dan menentang polisi Kerajaan?
Semua Pejabat Daerah telah menjalankan prosedur pelantikan mengikut tatacara
pelantikan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun,
terdapat segelintir Ketua Kampung yang tidak dapat mengikuti aspirasi Kerajaan
Negeri disebabkan oleh masalah-masalah tertentu. -
Adakah kalangan mereka telah diberhentikan?
Pada masa ini, hanya seorang Ketua Kampung sahaja yang telah diberhentikan
disebabkan tidak selari dengan matlamat Kerajaan Negeri.