Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

153) PRESTASI KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan kehadiran Ahli Jawatankuasa Khas Di dalam mesyuarat sejak semua Jawatankuasa Pilihan Khas diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Bagi Penggal Ini.

    Jawatankuasa Pilihan / Pilihan Khas bagi Dewan Negeri Selangor bagi Penggal Yang Keempat Belas setakat ini (2018 – 2022) terdiri daripada jawatankuasa berikut:

    1. Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC);
    2. Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT);
    3. Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT);
    4. Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat(JP-ABAS);
    5. Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap;
    6. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan;
    7. Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency [SELCAT]);
    8. Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-PK);
    9. Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Dewan; dan
    10. Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS)

     

    Bilangan kehadiran Ahli Jawatankuasa Pilihan / Pilihan Khas di dalam mesyuarat jawatankuasa sejak semua Jawatankuasa Pilihan / Pilihan Khas diluluskan dalam Sidang Dewan Negeri bagi penggal ini mengikut tahun (2018 – 2022) adalah seperti di Lampiran berikut:

    Lampiran A : Tahun 2018

    Lampiran B : Tahun 2019

    Lampiran C : Tahun 2020

    Lampiran D : Tahun 2021

    Lampiran E : Tahun 2022

    (Setakat Persidangan Pertama (Pembukaan) Tahun 2022)

Lampiran

Tiada Lampiran.