Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

2) PRESTASI KDEBWM DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat satu set parameter yang digunakan untuk menilai prestasi KDEBWM di Selangor dan di setiap PBT?

    Kerajaan Negeri amat mengambil berat  tentang pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor dan bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Selangor secara berterusan. Oleh itu, satu kajiselidik untuk penambahbaikan prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Selangor yang berfokus khas terhdap pengurusan sisa pepejal sedang dilaksanakan. Antara fokus kajiselidik ini adalah piawaian perkhidmatan KDEBWM, penilaian mutu perkhidmatan KDEBWM dan tahap kesedaran masyarakat terhadap perkhidmatan yang telah diberikan oleh KDEBWM.

    Set parameter yang ditekankan terhadap prestasi KDEBWM adalah:

    1. Penerimaan dan penyelesaian aduan; dan
    2. Penerimaan Notis Tindakan Pembetulan (NTP) jika terdapat kegagalan kerja di tapak semasa pemantauan secara harian oleh PBT.
  2. Berapa banyak NTC dan denda atau potongan pembayaran yang dikenakan terhadap KDEBWM mengikut PBT?

    Bilangan NTC dan denda atau potongan pembayaran yang dikenakan terhadap KDEBWM mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT Jumlah NTC Pemotongan Pembayaran NTC (RM)
    MBPJ 1,295 216,950.00
    MPK 3,144 342,700.00
    MPAJ 2118 480,250.00
    MPSJ 1,361 377,750.00
    MPS 2,946 748,000
    MPKJ 241 241,000.00
    MPSP 14 17,444.65
    MPKL 152 145,656.90
    MDHS 255 40,350.00
    MDKS 117 50,880.62
    MDSB 27 5,700.00

    Bagi MBSA yang baru diambil alih oleh KDEBWM pada Januari 2020, tiada yang dikenakan setakat ini.

  3. Adakah KDEBWM akan memperluaskan operasinya di luar Selangor?

    KDEBWM sememangnya mempunyai perancangan masa hadapan  untuk memperluaskan operasinya termasuk di luar Selangor bagi memastikan kelestarian perniagaan selain mempelbagaikan sumber pendapatannya. Walaubagaimanapun, sebagai anak syarikat milik penuh kerajaan negeri, kesemua perancangan perniagaan ini perlulah terlebih dahulu mendapat restu dari kerajaan negeri.  KDEBWM melihat bahawa bidang pengurusan sisa pepejal ini adalah satu bidang yang amat berpotensi dan recession proof. Justeru, KDEBWM sedang mengkaji peluang-peluang perniagaan yang berpotensi khususnya di dalam bidang pengurusan sisa pepejal bagi kedua-dua segmen huluan dan hiliran termasuk di luar Selangor bagi memastikan kemampanan perniagaan sama ada secara organic growth atau pun inorganic growth melalui pengambilalihan dan usahasama.

Lampiran

Tiada Lampiran.