Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
17) PRESTASI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila bekalkan statistik Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kakitangankakitangan kerajaan - senaraikan mengikut linkungan peratus LNPT (contoh: 10- 20%, >85% dan lain-lain) dan jumlah kakitangan yang mendapatnya untuk setiap jabatan/badan berkanun/anak syarikat
Statistik Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2015 bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melibatkan seramai 769 orang Pegawai dan Kakitangan. Jumlah ini termasuklah semua Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan setiap Jabatan / Agensi di Bawah Pentadbiran SUK Selangor dan juga semua anggota yang berkhidmat di Pejabat SUK Selangor. Pecahan lingkungan peratus pencapaian LNPT Tahun 2015 adalah seperti berikut :
Item Julat Markah Bilangan Anggota
Peratus Pencapaian (%)
1. Julat Melebihi 90% ke Atas 559 72.69 2. Julat 80% hingga 89.99% 188 24.44 3. Julat 70% hingga 79.99% 21 2.73 4. Bawah 69.99% 1 0.14 Jumlah 769 100.00 -
Berapakah peratus yang mendapat anjakan gaji (bukan pergerakan gaji biasa)?
Pada tahun 2016, tiada anggota yang terlibat dengan pemberian anjakan gaji kerana bermula pada tahun 2013 anjakan gaji telah selesai diberikan dengan pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Kaedah Pemberian Anjakan Gaji Berdasarkan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Bilangan 3 Tahun 2012.