Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

15) PRESTASI INDUSTRI PERTANIAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prestasi dan sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negeri?

    Pada tahun lepas bidang pertanian telah mengeluarkan hasil sebanyak 2.243 juta tan yang merangkumi tanaman padi, buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan rempah ratus, florikultur, tanaman ladang serta tanaman industri. Nilai pengeluaran bagi pengeluaran tahun 2011 adalah sebanyak RM1,576.85 juta. Maklumat terperinci pengeluaran pertanian pada tahun 2011 boleh dirujuk kepada jadual berikut:

          Pengeluaran   Nilai Pengeluaran
    Kategori Tanaman   Bil Peserta
      ( KG )   ( RM )
       
    Florikultur   145    
      253,329.00   3,472,617.10
     
           
    Sayur-sayuran   2,468    
      57,194,983.50   61,503,327.30
     
           
    Padi   14,689    
      146,726,172.00   189,502,658.80
     
           
    Herba Dan Rempah Ratus   708    
      4,668,217.00   6,856,711.25
     
           
    Tanaman Industri   26,490    
      1,926,663,633.80   1,178,243,787.70
     
           
    Tanaman Buah-buahan   6,596    
      82,577,134.30   115,799,762.36
     
           
    Tanaman Ladang/ Tanaman   2,782    
      25,538,471.00   21,472,462.51
    Kontan
           
    Jumlah   53,878    
      2,243,621,940.60   1,576,851,327.02
     
  2. Apakah perancangan dan projek pertanian yang boleh melonjak sektor ini dari segi pendapatan kepada petani?

    Perancangan yang boleh melonjak sektor ini dari segi pendapatan kepada petani adalah memberi tumpuan kepada:

    Pengeluaran Makanan; Tanaman Padi, Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Herba

    Sebagai Negeri Industri dan hampir 80% adalah kawasan bandar, Selangor akan terus memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan  terutamanya bagi tanaman padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Teknologi moden, tepat dan sesuai dengan pengeluaran produk tertentu akan digunakan bagi menjaga penjadualan pengeluaran dan kualiti hasil pertanian.

    Sistem fertigasi adalah sesuai bagi tanaman buah-buahan seperti melon dan sayur-sayuran bernilai tinggi. Walaupun teknologi pengeluaran ini memerlukan modal yang tinggi, namun ianya  sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan pengguna dapat mengawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi.

    Penerokaan terhadap teknologi ‘Natural Farming’ dalam penanaman sayursayuran dan padi membantu menghasilkan produk-produk pertanian yang selamat dan mesra alam akibat penggunaan racun dan baja kimia yang minima dan berhemah. Penggunaan bahan ‘Natural Farming menggantikan racun dan baja kimia yang mahal dapat membantu mengurangkan kos operasi petani.

    Penggunaan mekanisasi yang sesuai dan tepat dalam penanaman padi terutamanya dalam kerja-kerja penyediaan tanah seperti penggunaan implement yang betul dalam pembajakan dan perataan. Mekanisasi perlu diberi tumpuan yang serius memandangkan aktiviti ini telah lama diamalkan tetapi masih tidak menepati syor dan teknologi terkini sehingga mengakibatkan penapakan benih padi masih belum mencapai kepadatan tanaman yang dikehendaki.

    Pembangunan tanaman herba dan produk herba yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi akan diperluaskan dengan tumpuan kepada produk tertentu seperti dukung anak, mas cotek dan sebagainya. Projek ini akan dilaksanakan dikawasan cluster yang telah dikenalpasti dan penglibatan anchor company sebagai pemasar dan usahawan yang terpilih.

    Pemasaran Hasil dan Tambah Nilai Produk Pertanian

    Penglibatan pihak swasta seperti Syarikat Kerajaan Negeri dalam memacu pemasaran produk-produk pertanian dan  mengukuhkan rantaian bekalan makanan di Selangor. Penglibatan syarikat–syarikat ini sebagai ‘Anchor company’ dapat membimbing usahawan dalam mengurus perniagaan dan memasarkan hasil-hasil segar dan produk-produk  yang diproses dan diberi nilai tambah

    Berikutan populasi rakyat di negara kita yang semakin meningkat menyebabkan permintaan terhadap hasil dan produk pertanian semakin tinggi. Peluang ini perlu diambil sebaiknya oleh golongan usahawan tani dan syarikat-syarikat ini untuk bekerjasama dan mendapat manfaat yang lumayan darinya. Jasteru itu luang pasaran perlu dilihat selaian daripada saluran konvensional, melalui orang tengah dan pemborong ia itu melibatkan petani atau usahawan Industri asas tani (IAT) menjual terus ke pasaraya dan pengguna akhir secara kontrek.

    Produk-produk makanan hasil dari ladang akan diberi nilai tambah melalui gredding, pembukusan dan pemrosesan minima, manakala produk  IAT akan diberi penjenamaan dan pembukusan yang lebih menarik supaya dapat menawan pengguna kelas menengah dan tinggi.

    Pembangunan Modal Insan

    Dalam usaha melahirkan usahawan yang berjaya dibawah bimbingan Jabatan Pertanian akan memberi penekanan kepada Pembangunan modal insan yang lebih berdaya saing dan berkualiti. Peningkatan kemahiran & kepakaran usahawan pertanian dan industri asas tani melalui  latihan, seminar dan bengkel meliputi bidang kemahiran keusahawanan, perakauanan, teknologi moden dan terkini serta penekanan kepada pembinaan modal insan yang bermotivasi dan berintegriti. Program ini akan mensasarkan latihan dan capacity building dikalangan pegawai pembimbing dan juga usahawan-usahawan yang akan melalui proses saringan awal.

    Selain itu, program ini juga memberi pengiktirafan khusus kepada pemimpin tempatan yang memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan indidivdu dan komuniti. Oleh kerana itu latihan juga akan diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasa komuniti di kawasan tumpuan dengan penekanan kepada kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir dan juga pendedahan kepada konsep Pembangunan Komuniti Berasaskan Aset (Asset-Based Community Development (ABCD). Konsep ini penting dalam usaha pembangunan lestari di mana penghakupayaan dapat berlaku dengan penglibatan aktif pemimpin dan penduduk menggunakan aset setempat secara optimum.

    Pensijilan Kualiti

    Pengguna pada masa kini di Malaysia dan seluruh dunia didapati semakin peka kepada kesihatan dan keselamatan makanan. Permintaaan terhadap produk makanan yang bebas dari bahan kimia merbahaya serta mesra alam semakin meningkat. Atas kesedaran itu, kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk mempromosi pertanian lestari untuk memastikan alam sekitar terus terpelihara dan kesihatan pengguna terjamin.

    Pensijilan Amalan Ladang Baik (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM) adalah salah satu usaha untuk memastikan pengeluaran makanan yang mengamalkan amalan pertanian yang baik dan menggunakan bahan kimia secara terkawal dan minima. Ladang-ladang yang berjaya melalui proses pemeriksaan ladang yang berkala akan diberi sijil SALM dan SOM serta disahkan telah mengamalkan amalan baik pertanian (GAP) dan menghasilkan produk organic.

    Target Kerajaan Negeri adalah untuk meningkatkan jumlah penerima sijil SALM dan SOM supaya lebih banyak produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dapat dinikmati oleh rakyat Selangor. Kerajaan negeri juga ingin meningkatkan kesedaran dan mendidik pengguna memberi nilai pasaran yang tinggi bagi produk-produk premium ini supaya mendapat faedah dalam jangka

    masa panjang dari segi kesihatan. Usaha-usaha ini akan melibatkan pihak-pihak NGO yang berkaitan seperti persatuan pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.