Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

362) PRESTASI ILTIZAM SIHAT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan program Ilitizam Sihat Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Sehingga 30 Oktober 2024, jumlah pendaftaran bagi Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) adalah seramai 53,452 ahli dengan penggunaan peruntukan adalah sebanyak RM9,942,469. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4,422,469 adalah bagi manfaat rawatan asas, RM500,000 (manfaat tambahan), RM20,000 (hospitalisasi) dan RM5,000,000 (geran operasi program kesihatan).

  2. Perincikan jumlah penyertaan dan perbelanjaan.

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Sehingga 30 Oktober 2024, jumlah pendaftaran bagi Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) adalah seramai 53,452 ahli dengan penggunaan peruntukan adalah sebanyak RM9,942,469. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4,422,469 adalah bagi manfaat rawatan asas, RM500,000 (manfaat tambahan), RM20,000 (hospitalisasi) dan RM5,000,000 (geran operasi program kesihatan).

  3. Apakah cabaran yang dihadapi dalam mendaftarkan peserta bagi program ini?

    Antara cabaran yang dihadapi dalam mendaftarkan rakyat Negeri Selangor sebagai penerima manfaat bagi program Iltizam Selangor Sihat adalah seperti berikut:

     

    1. Borang yang dikemukakan ke Pejabat DUN dan Penyelaras tidak diproses dengan kadar segera menyebabkan terdapat kelewatan bagi pengaktifan pendaftaran pemohon;
    2. Antara syarat utama Program ISS adalah permohonan mesti dikemukakan di DUN tempat pengundiannya. Namun, ada terdapat segelintir pemohon menghantar borang permohonan tidak berdasarkan DUN tempat mereka mengundi;
    3. Terdapat pemohon yang yang tidak mempunyai telefon pintar mahupun akses internet bagi memohon secara atas talian, terutamanya bagi golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tinggal bersendirian; dan
    4. Tahap kesedaran berkaitan manfaat yang ditawarkan di bawah Program ISS adalah lebih rendah di kawasan luar bandar berbanding di kawasan bandar, yang mana akses kepada capaian maklumat dan promosi Program ISS adalah lebih mudah.

Lampiran

Tiada Lampiran.