Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

8) PRESTASI ILTIZAM SIHAT SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Program Iltizam Sihat Selangor (ISS) telah dijalankan sejak tahun 2017, bermula dengan Skim Peduli Sihat dahulu. Nyatakan prestasi ISS setelah dijalankan selama 5 tahun.

    Memahami keperluan rakyat mendapatkan rawatan asas kesihatan yang lebih cepat dan berkesan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Skim Peduli Sihat (SPS) pada tahun 2017. Dengan beberapa penambahbaikan dalam skop manfaat, maka Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) telah diperkenal pada tahun 2022. Berbanding SPS yang hanya memberi fokus kepada rawatan asas, pelaksanaan ISS telah memberi manfaat tambahan seperti manfaat vaksinasi, ubatan, vitamin dan perlindungan kemalangan, penyakit kritikal dan kematian semulajadi. Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, penerima ISS akan turut menerima manfaat hospitalisasi sehingga RM10,000.00 setahun, bermula pada akhir tahun ini. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa cakna akan keperluan kesihatan rakyat di negeri ini.

    Menyentuh mengenai prestasi ISS bagi tempoh lima tahun, terdapat peningkatan yang baik daripada segi jumlah penerima dan juga tuntutan manfaat, kecuali semasa tempoh pandemik Covid-19 memadangkan situasi pada tempoh tersebut pergerakan orang awam agak terhad. Ini menunjukkan rakyat Selangor semakin sedar akan keperluan mendaftar di bawah Program ISS dan menerima manfaat yang ditawarkan. Data tahunan penerima ISS bagi tempoh lima tahun terakhir adalah seperti berikut:

     

     

    Perkara 2017 2018 2019 2020 2021 2022 Okt-2023
    Skim Peduli Sihat Skim Insurans Peduli Sihat Iltizam Selangor Sihat
    Jumlah Ahli Aktif (No.) 282,096 372,099 59,488 79,725 70,276 83,484 92,746

     

    Berdasarkan jadual, dapat disimpulkan bahawa terdapat peningkatan yang agak ketara daripada jumlah ahli aktif bermula daripada pada 2021 iaitu semasa era pandemik Covid-19 sehingga tahun 2023. Untuk makluman Yang Berhormat, kuota ISS bagi tahun 2023 adalah berjumlah 100,000 penerima.

  2. Nyatakan jumlah penerima serta keluarga ISS yang layak setakat ini.

    Data Penerima serta keluarga dibawah Program ISS sehingga 30 Oktober 2023 adalah seperti berikut:

     

    Perkara Jumlah Ahli Aktif (Pemohon Utama)

    (A)

    Jumlah Keluarga Berdaftar

    (B)

    Jumlah Keseluruhan (No.)

    (A + B)

    Iltizam Selangor Sihat (Okt-2023) 92,746 84,952 177,698

Lampiran

Tiada Lampiran.