Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

48) PRESTASI HOTLINE KHUSUS ADUAN KEGANASAN RUMAH TANGGA

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jumlah panggilan yang diterima oleh Hotline Keganasan Rumah Tangga yang diwujudkan dalam pakej Kita Selangor 2.0 setiap bulan dan secara keseluruhan.

    Sehingga 11 Ogos 2021, Hotline Keganasan Rumah Tangga atau Talian SELamat masih dalam tindakan penyelenggaraan memandangkan ianya masih berada di peringkat kelulusan pelaksanaan program tersebut oleh Kerajaan Negeri. Namun begitu, persiapan mengenai sistem talian, tenaga kerja dan pengendalian hotline ini telah dirancang dengan sewajarnya untuk dilaksanakan oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang merupakan pengendali program tersebut. WBS secara proaktif juga telah membuat hebahan di laman sesawang rasmi WBS dan juga portal rasmi Kerajaaan Negeri. Talian hotline tersebut akan mula beroperasi sejurus mendapat kelulusan pelaksanaan program dan penyaluran peruntukan oleh Kerajaan Negeri.

  2. Pecahan perbelanjaan RM100,000 yang diperuntukkan di bawah program ini.

    Berikut adalah cadangan pecahan perbelanjaan sebanyak RM100,000.00 yang telah dikemukakan oleh WBS untuk pertimbangan kelulusan Kerajaan Negeri bagi menjayakan pelaksanaan talian khas Hotline Aduan Keganasan Rumah Tangga seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 :

Lampiran

Tiada Lampiran.