Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
152) PRESTASI GLC
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi keseluruhan GLC dan senaraikan GLC yang mengalami kerugian akibat pandemik COVID-19 ?
Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda pada penghujung tahun 2019, kebanyakan sektor di seluruh dunia telah terkesan termasuk kedudukan perniagaan dan kewangan PKNS. Oleh itu, PKNS telah merangka Pelan Pemulihan PKNS 2021 yang merangkumi 35 inisiatif strategik yang menumpukan kepada hasil pendapatan dan pengurangan kos operasi. Usaha ini berhasil dengan PKNS mencatat peningkatan pendapatan pada tahun 2021 iaitu sebanyak RM1,870.8 juta berbanding tahun 2020 RM510.2 juta. Bagi terus memperkasa kedudukan kewangan, PKNS telah merangka Pelan Strategik Bajet Tahun 2022 yang memberikan tumpuan kepada beberapa inisiatif :
- Meningkatkan penjanaan pendapatan melalui segmen pasaran utama (Row Faster);
- Meminimakan kos tetap dan perbelanjaan operasi disamping penyampaian produk dan perkhidmatan berkualiti (Manage Load);
- Menerokai pasaran baharu dan projek Berimpak Tinggi (Explore New frontiers).
- Mengurangkan hutang dengan pengurusan pinjaman secara efisien (Reduce Debt).
Berdasarkan :
- i) Peningkatan pendapatan melalui penjenamaan dan strategi pemasaran perbelanjaan pembangunan melalui penumpuan pembangunan bandar- bandar baru PKNS
- ii) Penumpuan kepada alternatif sasar kewangan yang baru.
Secara amnya, MBI dan anak-anak syarikat milikannya terkesan dari pandemic COVID-19. Namun, beberapa anak syarikat milikan MBI Berjaya mengharungi era pandemic dengan jayanya hasi dari ‘resilient startegies” yang dipraktikkan dan menjadi contoh bagi era pasca pandemic. Berikut adalah kerugian yang ditanggung oleh MBI setakat 31 Disember 2021 berjumlah sebanyak RM 85 juta.
-
Nyatakan sebab dan rancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan semula prestasi GLC yang terjejas terutama GLC PKNS?
Kerajaan Negeri telah membangunkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 bagi mengukuhkan status Selangor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan destinasi utama bagi pelaburan berkualiti di dalam Malaysia dan di rantau Asia melalui 9 folus aktiviti dan 3 zon pembangunan ekonomi. MBI dan kumpulan anak syarikat akan terlibat dan memberi sepenuh komitmen di dalam beberapa high impact project dalam RS-1. Melalui aktiviti ini, MBI dan anak syarikat dapat mengambil peluang untuk meningkatkan semula prestasi yang telah terjejas oleh COVID-19.