Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
163) PRESTASI GLC
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi keseluruhan GLC dan senaraikan GLC yang mengalami kerugian akibat pandemik COVID-19.
Secara amnya, MBI dan anak-anak syarikat milikannya terkesan serta menerima impak yang hebat daripada krisis Covid-19 yang berpanjangan. Namun, anak syarikat milikan MBI masih berdaya tahan dalam menangani krisis ekonomi kesan daripada pelaksanaan “Resilient Strategies“ yang dipraktikkan. Tindakan ini menjadi contoh dalam meneruskan usaha dan inisiatif kepada kesinambungan program dan aktiviti Kerajaan Negeri dalam era pasca pandemik ini.
Maklumat senarai anak-anak syarikat milikan MBI yang mengalami kerugian bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 adalah seperti berikut :-
Bil Butiran Entiti Belum beraudit Keuntungan/ (Kerugian) selepas cukai
(RM)
1 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (85,022,863) Anak syarikat utama di bawah Kumpulan MBI
1 Aspire Flagship Sdn Bhd 3,449,451 2 Air Selangor Holdings Berhad (Formerly known as KDEB)
(18,836,000) 3 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad (267,973) 4 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 159,110 5 Darul Ehsan Investment Group Bhd 13,821,132 6 Invest Selangor Berhad (1,226,403) 7 INPEN (Selangor) Sdn Bhd (4,942,735) 8 KDEB Waste Management Sdn Bhd 7,093,069 9 Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (924,856) 10 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 12,796,905 11 Landasan Lumayan Sdn Bhd (983,972 12 Mantapmurni Sdn Bhd (25,030) 13 Media Selangor Sdn Bhd (60,485) 14 Permodalan Negeri Selangor Berhad (1,784,779) 15 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (4,347,635) 16 Rantaian Mesra Sdn Bhd (22,425) 17 Selangor Aviation & Technology Innovation Sdn Bhd (99,806) 18 Selangor Fintech Sdn Bhd (4,782) 19 Selangor e-Wallet Sdn Bhd (205,949) 20 SmartSel Sdn Bhd 1,002,447 21 SSDU Innovations Sdn Bhd 858,553 22 Tourism Selangor Sdn Bhd (1,986,870) 23 Wanita Berdaya Selangor Sdn Bhd 733,789 24 Yayasan Warisan Anak Selangor 526,888 25 Yayasan Hijrah Selangor ( 4,193,209) -
Nyatakan sebab dan rancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan semula prestasi GLC yang rugi dan terjejas.
Kerajaan Negeri telah membangunkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 bagi mengukuhkan status Selangor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan destinasi utama bagi pelaburan berkualiti di dalam Malaysia dan di rantau Asia. RS-1 ini juga merupakan dokumen tunggal yang bertindak sebagai pelan rancangan pembangunan lima tahun menyeluruh bagi negeri Selangor. Pelan RS-1 dirangka berpandukan strategi dan inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mencapai visi untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah Negeri pintar, makmur dan berdaya huni menjelang tahun 2025. RS-1 ini juga adalah selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 yang dibangunkan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Senarai sasaran teras pengukuhan ekonomi RS-1 telah dikenal pasti melalui teras-teras berikut:-
- Meningkatkan pertumbuhan KDNK;
- Meningkatkan nilai pelaburan dalam sektor keutamaan dan kompleksiti tinggi;
- Meningkatkan peluang pekerjaan; dan
- Meningkatkan kadar penebusan jalur lebar tetap.
Menerusi RS-1 juga, empat (4) strategi telah disusun oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran teras pengukuhan Ekonomi RS-1 seperti perincian berikut;
- Memudahkan pemulihan ekonomi selepas pasca COVID-19
- Menggalakkan aktiviti pemulihan perniagaan terutamanya untuk PKS dalam sektor perkhidmatan dan memudahkan usaha pencarian pekerjaan.
- Memperkukuhkan industri teras strategik
- Meningkatkan hasil sektoral dan sumbangan KDNK, memudahcarakan peralihan ke segmen bernilai tinggi dan menggalakkan penerimaan automasi dan transformasi digital
- Memangkin pembangunan sektor baharu yang pesat membangun
- Memudahcarakan urusan pembiayaan serta memanfaatkan kekuatan semula jadi dan kelebihan daya saing Selangor
- Meningkatkan daya saing Negeri
- Merangka dasar untuk mewujudkan ekosistem yang mesra perniagaan, membangunkan PKS dengan meningkatkan keupayaan dan kapasiti serta digitalisasi serta memudahcarakan urusan pembangunan ketersambungan dan rangkaian infrastruktur digital di seluruh negeri Selangor.