Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
183) PRESTASI COMMUNICATION CORPORATION SDB BHD (CCSB)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi pendapatan dan keuntungan CCSB 2008-2013?
- Prestasi pendapatan dan keuntungan CCSB 2008 – September 2013 seperti berikut:-
Perkara / tahun
2008(RM)
2009(RM)
2010(RM)
2011(RM)
2012(RM)
(RM) Sehingga Sept ’ 13
Pendapatan – Geran Selangorku
– Lain-lain Pendapatan
-Tiada-
-Tiada-
2,000,000
151,033
7,655,000
2,210,235
10,295,568
682,697
11,000,000
495,831
8,500,000
315,811
Keuntungan /(Kerugian)
-Tiada- (723,628) 670,380 481,988 (1,115,764) (618,221) -
Apakah prestasi projek-projek di bawah CCSB?
- CCSB Sdn Bhd telah menjalankan projek penerangan kepada rakyat melalui penerbitan akhbar Selangorkini dan portal Selangor.com yang mendapat sambutan meluas daripada
Lebih 170,000 naskhah akhbar 16 halaman itu yang diedar percuma kepada segenap lapisan rakyat di negeri ini, mendapat sambutan hangat. Satu lagi projek ialah portal Selangorku yang meliputi paparan livestream, video dan berita teks serta gambar aktiviti. Mengikut statistik Google Analytic, portal Selangorku.com paling ramai dikunjungi sepanjang tahun ini ialah pada Mei 2013 dengan jumlah pengunjung (pageview) 1,037,114. Jumlah pengunjung sepanjang tahun lalu ialah 2,914,681 manakala antara Januari hingga Oktober tahun ini, jumlahnya meningkat kepada 4,166,933. Ia dijangka terus meningkat selepas proses penambahbaikan selesai dengan sasaran berada di kedudukan 200 pada tahun hadapan.
-
Apakah sumber atau projek utama menyumbang keuntungan CCSB?
- Communication Corporation Sdn Bhd tidak diamanahkan menjalankan projek- projek berasaskan keuntungan. Justeru, tiada projek utama yang dicatatkan menyumbang keuntungan