Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

59) PRESTASI BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD (BBGC)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan pendapatan dan keuntungan / kerugian BBGC dari 2008 hingga 2013?

    1. MAKLUMAT MENGENAI PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT

     

    BUTIRAN AKAUN BERAUDIT AKAUN PENGURUSAN
       

    31/03/08

     

    31/03/09

     

    31/03/10

     

    31/03/11

     

    31/03/12

     

    31/12/12

    31/01/13

    hingga 31/09/13

    Pendapatan 3,806,534 3,512,907 3,529,131 2,458,532 2,153,272 1,851,576 1,382,423
    Perbelanjaan (3,954,266) (3,096,139) (3,000,657) (1,051,696) (581,830) (655,201) (634,088)
    Susut nilai (1,616,810) (1,536,370) (1,526,446) (1,506,170) (1,492,629) (1,119,239) (1,111,327)
    Untung/Rugi sebelum cukai  

    (1,764,542)

     

    (1,119,602)

     

    (997,972)

     

    (99,334)

     

    78,813

     

    77,136

     

    (362,992)

  2. Apakah faktor menyebabkan kerugian tersebut?

    1. Faktor utama yang menyebabkan kerugian bagi tahun 2008 hingga 2009 adalah kerana pendapatan daripada pusingan golf, rekreasi dan lain-lain tidak dapat menampung jumlah perbelanjaan keseluruhan di BBGC. Ini merujuk kepada tempoh di mana keadaan kelab golf adalah pada tahap yang tidak memuaskan tanpa pengurusan padang yang

     

    Faktor utama yang menyebabkan kerugian bagi tahun 2010 sehingga 31hb Sept 2013 adalah kerana BBGC hanya menerima pendapatan tetap sebanyak RM90 ribu sebulan dan terpaksa menanggung susut-nilai yang tinggi terhadap kesemua aset tetap yang dimiliki serta pembayaran cukai tanah dan cukai pintu.

     

    Pendapatan tetap ini adalah merujuk kepada Perjanjian Pembangunan Perniagaan antara BBGC dan The Mines pada 1hb Ogos 2010. Melalui perjanjian tersebut, pihak The Mines akan menyelenggara keseluruhan kelab golf bagi tempoh lima tahun.

  3. Apakah strategi untuk meneruskan operasi dan meningkatkan pendapatan BBGC?

    Sehingga tarikh terkini, tiada sebarang strategi dari pihak BBGC memandangkan tempoh perjanjian Pembangunan Perniagaan di antara pihak BBGC dan The Mines hanya akan tamat pada bulan Ogos 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.