Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
194) PRESTASI BOLA SEPAK SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selangor kalah di dalam pertandingan merebut Piala Malaysia 2012. Apakah faktor kekalahan pasukan bola sepak Selangor?
Untuk makluman, semenjak 2 tahun kebelakangan ini pasukan bola sepak Selangor telah berjaya menduduki tempat 3 teratas Liga di antara 14 pasukan yang mengambil bahagian. Bagi pertandingan Piala Malaysia pasukan Selangor mara ke peringkat separuh akhir di mana tewas kepada Terengganu pada tahun 2011 dan Kelantan pada tahun 2012 yang juga adalah Juara pada tahun Walaubagaimanapun di peringkat Piala FA pasukan bolasepak Selangor terkandas di Separuh Akhir 2011 dan di pusingan kedua pada 2012.
Pencapaian tersebut boleh ditafsirkan sebagai baik kalau nak dibandingkan pasukan Iain yang juga mengeluarkan perbelanjaan lebih dari pasukan Selangor namun faktor beberapa pemain senior Selangor yang kurang berkesan juga adalah sebahagian dari faktor tersebut.
-
Adakah rancangan bagi menyusun kembali pasukan bola sepak Selangor?
Bagi musim 2013 ini pasukan telah membuat rombakan dengan menukar 12 pemain yang telah dikenal pasti tidak berkesan dan digantikan dengan 11 orang pemain bakat muda dari pasukan Harimau Muda, pasukan Iain dalam Liga dan dari pasukan Piala Presiden. Pasukan juga telah membawa pulang beberapa bekas pemain muda Selangor yang telah berhijrah kembali ke
-
Apakah insentif yang ditawarkan kerajaan negeri bagi meningkatkan prestasi bola sepak Selangor?
Seperti lazimnya, kerajaan negeri ada memberikan insentif dalam bentuk wang bonus jika pasukan memenangi Piala atau menjadi Johan dalam pertandingan