Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
131) PRESTASI BAJET SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sebab-sebab prestasi perbelanjaan mengurus Bajet 2021 Negeri Selangor menurun sehingga November tahun 2021?
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Air Tawar, perbelanjaan Mengurus adalah perbelanjaan semasa atau perbelanjaan berulang kerajaan bagi membiayai pengurusan Kerajaan Negeri untuk memastikan operasi Jabatan tidak terjejas.
Ini termasuklah komitmen perbelanjaan untuk gaji (emolumen), bayaran elaun/imbuhan tetap, pencen dan ganjaran bagi kakitangan awam, anggota pentadbiran termasuk Ahli Dewan Negeri (ADN); bayaran sewaan, bayaran utiliti, perolehan harta modal, permberian kepada Badan-badan Berkanun serta bayaran pampasan/tuntutan mahkamah.
Sehingga 12 November 2021, daripada RM1,220,000,000.00 yang disediakan, sebanyak RM929,558,316.56 atau 76.19 peratus peruntukan Mengurus telah dibelanjakan seperti pecahan mengikut Objek Am berikut:
KOD/OBJEK AM
PENJELASAN
PERUNTUKAN
(RM)
BELANJA
(RM)
PERATUS
(%)10000
EmolumenBagi kakitangan yang memegang jawatan tetap sahaja (contoh : gaji kakitangan tetap, caruman KWSP, elaun lebih masa) 449,488,026.37
353,265,200.14
78.59
20000
Perkhidmatan & BekalanSemua perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang dibeli termasuk bayaran-bayaran kepada penyandang non-established posts (contoh: sewaan, bayaran utility, gaji kakitangan kontrak, penyelenggaraan) 498,865,789.18
344,291,389.54
69.01
30000
AsetPerbelanjaan untuk mendapat semua jenis asset termasuk harta modal (contoh: pembelian kenderaan, peralatan ICT, peralatan pejabat) 9,484,334.60
4,125,551.41
43.50
40000
Pemberian & Kenaan Bayaran TetapPerbelanjaan dalam bentuk pemberian atau bantuan, bayaran berkenaan (contoh: pencen, ganjaran kakitangan, tuntutan insurans, pampasan) 212,158,076.93
187,681,883.82
88.46
50000
Perbelanjaan-Perbelanjaan LainBagi bayaran-bayaran lain (contoh: bayaran mahkamah, pulang balik hasil, hapus kira) 50,003,772.92
40,194,291.65
80.38
JUMLAH 1,220,000,000.00 929,558,316.56 76.19 Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2020, iaitu berakhir 12 November 2020, prestasi belanja Mengurus tahun ini mencatatkan kenaikan 0.5 peratus berbanding prestasi belanja tahun 2020 iaitu 75.72 peratus atau bersamaan dengan RM975.38 juta.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Pelan Pemulihan Negara (PPN) tahun ini mempengaruhi corak perbelanjaan bagi beberapa aktiviti berikut:
- Perolehan aset/ harta modal: penutupan sektor pembuatan dan perkilangan berikutan pelaksanaan PKP;
- Penganjuran majlis dan mesyuarat: penjimatan berikutan pelaksanaan secara maya (virtual); dan
- iii. Semakan Belanjawan 2021 bertujuan menyusun semula keutamaan perbelanjaan selaras dengan keupayaan kewangan semasa berikutan kutipan Hasil Negeri yang terjejas
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Selangor untuk meningkatkan prestasi perbelanjaan mengurus negeri selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Kerajaan Negeri menerusi MMKN ke 31/2021 yang telah bersidang pada 15 September 2021 telah bersetuju untuk melaksanakan kawalan perbelanjaan dengan mengehadkan kadar perbelanjaan Mengurus tahun 2021 setiap Jabatan kepada maksimum 90% sahaja dan perbelanjaan perlu dibuat berdasarkan kepada Kutipan Hasil Negeri semasa.
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri tahun 2021 bagi tempoh sehingga 12 November 2021 berada pada tahap yang baik iaitu 76.19% daripada jumlah peruntukan yang diagihkan.
Pada masa yang sama, semua Jabatan cakna terhadap kedudukan aliran tunai semasa Kerajaan dan telah melaksanakan perbelanjaan secara berhemat dengan mengambil kira keutamaan dan komitmen yang telah dirancang oleh Jabatan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 5 Tahun 2017 – Garis Panduan Langkah-Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.