Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
172) PRESTASI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah anak syarikat Kerajaan Negeri setakat ini?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) mempunyai sebanyak 23 anak syarikat.
-
Berapakah jumlah syarikat profit & non-profit?
Menurut prestasi kewangan berakhir 31 Disember 2022, MBI mempunyai 11 anak syarikat yang merekodkan keuntungan dan 12 anak syarikat yang merekodkan kerugian.
-
Apakah kerajaan akan mengekalkan anak-anak syarikat profit oriented yang sudah tidak mencapai prestasi kewangan yang memuaskan?
Bagi memastikan anak syarikat untuk terus mendokong matlamat strategik yang dipertanggungjawabkan ke atas anak-anak syarikat oleh Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) akan terus memantau pencapaian anak syarikat dalam keberhasilan untuk mencapai matlamat strategik penubuhan anak syarikat dan melaksanakan pelan transformasi bagi memastikan kelestarian syarikat.