Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

42) PRESTASI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah hasil pendapatan MBI dan PKNS?

    MBI Selangor ditubuhkan di bawah Menteri Besar Selangor (Enakmen No. 3 Tahun 1994) pada 21 September 1994 dengan objektif mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan untuk mewakili Negeri Selangor dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan yang berada di luar Bidang kuasa Kerajaan Negeri.

    MBI Selangor juga berperanan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial untuk rakyat. Pada dasarnya, MBI Selangor adalah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu aktiviti ekonomi dan sosial bagi pihak Kerajaan Negeri.

    Hasil pendapatan MBI pada tahun semasa turut terkesan berikutan pendamik COVID-19 yang melanda sejak tahun 2020. Walaubagaimanapun, MBI terus memberi sokongan kepada usaha pembangunan Kerajan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap rakyat di mana sumbangan berjumlah RM36.35 juta telah disalurkan setakat ini.

    MBI juga turut menyalurkan sumbangan bagi membiayai program atau inisiatif samada secara langsung atau tidak langsung di bawah kumpulan MBI seperti berikut;

    Bantuan kewangan kepada anak-anak syarikat MBI yang bersifat bukan komersial yang meneraju inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri Selangor iaitu:

    • Program-program yang dilaksanakan bermatlamat untuk menambah baik taraf sosio ekonomi dan kehidupan golongan yang memerlukan.
    • Pendedahan kemahiran dan pembelajaran untuk memberi peluang rakyat berdikari dan berdaya saing.

    Bantuan kewangan kepada anak-anak syarikat MBI didalam kategori peralihan iaitu:

    • Menerajui projek-projek berdaya impak tinggi terhadap ekonomi Negeri Selangor dan Malaysia.
    • Menjadi pemangkin kepada penciptaan peluang pekerjaan baru.
    • Mempergiat industri pelancongan Negeri Selangor.
    • Meningkatkan nilai keindahan dan kebersihan alam sekitar.
    • Dana untuk pelaburan baru yang strategik untuk menjana pendapatan berterusan di peringkat MBI dan Kumpulan dan Kerajaan Negeri Selangor.

     

     

    Pendapatan PKNS bagi tempoh 3 tahun terkini adalah seperti berikut :

    Perkara 2018

    (RM juta)

    2019

    (RM juta)

    2020

    (RM juta)

    Pendapatan 613.2 659.7 510.2

    Keuntungan sebelum cukai dan zakat PKNS bagi tempoh 3 tahun terkini adalah seperti berikut :

    Perkara 2018

    (RM juta)

    2019

    (RM juta)

    2020

    (RM juta)

    Keuntungan/ (Kerugian) 111.0 18.9 (719.2)

    Berdasarkan kepada polisi yang telah ditetapkan oleh PKNS, keuntungan bersih bagi setiap projek yang dilaksanakan adalah di antara 5% hingga 15%. Namun, ianya bergantung kepada faktor kawasan dan pasaran hartanah bagi sesuatu pembangunan.

  2. Berapakah keuntungan diperolehi oleh MBI dan PKNS?

    Jawapan Sama seperti di atas (a)

  3. Berapakah untung bersih MBI dan PKNS dalam projek yang dilaburkan?

    Jawapan Sama seperti di atas (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.