Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
56) PRESTASI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah keuntungan atau kerugian semua anak syarikat kerajaan negeri pada tahun 2014?
Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk
Berikut merupakan senarai jumlah keuntungan atau kerugian semua anak syarikat Kerajaan Negeri pada tahun 2014:-
BIL.
NAMA ANAK SYARIKAT
KEUNTUNGAN / KERUGIAN TAHUN 2014
(RM)
1 Permodalan Negeri Selangor Berhad 10,264,730 2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort (805,800) 3 Tourism Selangor Sdn Bhd (2,857,191) 4 Communication Corporation Sdn Bhd (726,162) 5 Rantaian Mesra Sdn Bhd (42,697) 6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (10,583,392) 7 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (MSNS Holdings Sdn Bhd)
406,225 8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad (144,398,000) 9 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 19,203,993 10 Invest Selangor Berhad 925,798 11 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) (16,626) 12 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (2,416,873) -
Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengatasi kerugian oleh anak syarikat kerajaan negeri?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat tujuh (7) syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang tidak bermotifkan keuntungan seperti senarai berikut :-
Bil Anak Syarikat 1. Tourism Selangor Sdn Bhd 2. Communication Corporation Sdn Bhd 3. Rantaian Mesra Sdn Bhd 4. Invest Selangor Berhad 5. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 6. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor 7. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa membuat pemantauan berterusan ke atas anak-anak Syarikat yang mengalami kerugian bagi membantu memulihkan kedudukan kewangan mereka. Sebagai langkah yang lebih komprehensif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) baru–baru ini telah menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menstrukturkan semula fungsi dan peranan anak syarikat. Perancangan ini dijangkakan dapat mengukuhkan lagi strategi korporat serta tadbir urus syarikat yang seterusnya dapat memberikan pulangan kepada pelaburan Kerajaan Negeri.