Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

180) PRESTASI ANAK SYARIKAT/ GLC SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Worldwide Sdn Bhd memulakan projek mega "Waste to Energy" di Jeram dan bercadang untuk satu lagi stesen di Kuala Langat.

    a) Apakah prestasi kewangan dan berapa hutang Worldwide Sdn Bhd setakat 2023?

    1. Prestasi Kewangan                                                               
    • Margin EBITDA

    Pada tahun 2022, Worldwide Holdings Berhad (“WHB”) merekodkan margin EBITDA sebanyak 42%. Selanjutnya pada tahun 2023, margin EBITDA sebelum akaun diaudit meningkat kepada 49%.

          Jadual 1: Margin EBITDA

    Hasil: 2022 (RM339.9 juta), 2023 (RM302.0 juta)

    EBITDA: 2022 (RM141.1 juta), 2023 (RM149.0 juta)

    2. Margin Keuntungan Bersih (Net Profit Margin)

    Pada tahun 2022, WHB merekodkan Margin Keuntungan Bersih sebanyak 19%. Bagi tahun 2023 pula, Margin Keuntungan Bersih sebelum akaun diaudit adalah 21%.

          Jadual 2: Margin Keuntungan Bersih

    Hasil: 2022 (RM339.9 juta), 2023 (RM302.0 juta)

    Untung Bersih: 2022 (RM63.0 juta), 2023 (RM63.6 juta)

    3. Pulangan Atas Modal yang Dilaburkan (Return on Invested Capital)

    Pada tahun 2021, WHB telah merekodkan peratusan bagi Pulangan Atas Modal yang Dilaburkan sebanyak 5.01% dan meningkat kepada 5.40% pada tahun 2022. Bagi tahun 2023 pula, peratusan bagi Pulangan Atas Modal yang Dilaburkan sebelum akaun diaudit adalah 5.54%. Pada sudut pandangan pemegang saham, Pulangan Atas Modal yang Dilaburkan ini memberikan pulangan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan Kadar Simpanan Tetap (Fixed Deposit Rate).

          Jadual 3: Pulangan Atas Modal yang Dilaburkan

    EBIT: 2022 (RM91.1 juta), 2023 (RM96.5 juta)

    Jumlah Ekuiti: 2022 (RM1,431.2 juta), 2023 (RM1,490.4 juta)

          Borrowings (Co. Level): 2022 (RM254.5 juta), 2023 (RM250.0 juta)

    Hutang

    Bagi tahun kewangan 2023 (sebelum akaun diaudit), WHB telah merekodkan jumlah hutang sebanyak RM257 juta di peringkat Syarikat. Di peringkat Kumpulan pula, WHB merekodkan jumlah hutang sebanyak RM2.6 bilion dimana projek Pulau Indah Power Plant (PIPP) menelan sebahagian besar hutang ini sebanyak 88% dan sebuah Syarikat Tujuan Khas Milik WHB iaitu Pulau Indah Power Plant Sdn. Bhd ditubuhkan untuk menanggung pembiayaan projek ini. Projek ini dibiayai 9melalui kaedah pembiayaan projek (Project Financing) dan dijamin dengan pembayaran hasil secara tetap (Fixed Revenue Payment) daripada TNB selama 21 tahun melalui Perjanjian Pembelian Kuasa (Power Purchase Agreement).

          Jadual 4: Nisbah Hutang kepada Ekuiti (Debt to Equity Ratio)

  2. Bagaimanakah syarikat membiayai projek mega yang dinyatakan?

    Sebanyak dua (2) buah Syarikat Tujuan Khas milik penuh WHB telah ditubuhkan bagi menanggung pembiayaan projek Loji Janakuasa Sisa kepada Tenaga (Waste to Energy). Anggaran jumlah kos bagi projek ini adalah berjumlah RM1.1 bilion yang dibiayai melalui kaedah pembiayaan projek (Project Financing) dengan prinsip 80:20, di mana pembiayaan projek diperoleh daripada tiga (3) pihak Institusi Kewangan Tempatan tanpa memberi bebanan kewangan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pembinaan WTE. Namun, jumlah kos sebenar yang ditanggung oleh WHB untuk pembangunan projek-projek WTE tersebut masih belum dapat dimuktamadkan kerana terdapat beberapa proses perolehan yang masih dalam pelaksanaan.

    Justeru, berteraskan prestasi kewangan yang kukuh dari tahun 2021 hingga 2023 serta didukung oleh nisbah hutang kepada ekuiti yang rendah, Kerajaan Negeri berkeyakinan tinggi terhadap keupayaan dan komitmen WHB untuk menyempurnakan projek-projek tersebut yang merupakan projek-projek tumpuan di bawah Rancangan Selangor Pertama.

Lampiran

Tiada Lampiran.