Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

110) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi keuntungan sebelum dan selepas cukai bagi setiap anak syarikat / GLC dari 2008 Ð 2013?

    Anak syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk

    Daripada 10 anak syarikat, hanya dua anak syarikat yang telah merekodkan keuntungan setiap tahun sepanjang tempoh 2008 – 2012 iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Selangor State Investment Centre. Maklumat berhubung keuntungan/kerugian sebelum dan selepas cukai bagi setiap Anak – Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga 2013 adalah seperti di Lampiran A.

     

  2. Berapakah nilai sumbangan anak-anak syarikat kepada kewangan negeri dari 2008 - 2013?

    Sumbangan anak – anak syarikat kepada Kerajaan Negeri adalah seperti perincian berikut :-

    i)Pembayaran dividen

    Dividen hanya diterima daripada satu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai pulangan pelaburan mulai tahun 2008 sehingga 2013 adalah sebanyak RM6,539,365.90.

    ii)Program Kerajaan Prihatin

    Anak – Anak Syarikat turut menyumbang kepada pembangunan sosial Negeri Selangor secara tidak langsung. Anak-anak syarikat ini telah menyokong usaha Kerajaan melalui pembasmian kemiskinan dengan menaja Program Kerajaan Prihatin. Program ini membantu daripada aspek pembinaan rumah baru dan baik pulih golongan miskin di Negeri Selangor.

    Bermula pada Tahun 2008 sehingga tahun 2013 sebanyak RM5,500,000.00 telah dibelanjakan oleh anak-anak syarikat untuk menaja program tersebut di bawah pemantauan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

    Anak-anak syarikat yang menaja program tersebut termasuklah:-

    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    2. Kumpulan Semesta Sdn Bhd

    iii)Sumbangan kepada Tabung Warisan Negeri Selangor

    Selain itu, Anak – Anak Syarikat dan Badan Berkanun turut menyumbang kepada Tabung Warisan Negeri Selangor (TWNS) pada kadar 2% daripada Keuntungan Sebelum Cukai. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk mengasingkan sebahagian kekayaan negeri untuk manfaat rakyat dan generasi di masa akan datang.

    Pada masa ini, dana tabung tersebut dilaburkan dalam pelbagai aset – aset pelaburan seperti bon/produk bon, ekuiti, hartanah dan lain – lain.

    Jumlah sumbangan yang direkodkan bagi tahun 1994 sehingga tahun semasa adalah sebanyak RM46,188,567.71.

    Anak – Anak Syarikat yang pernah membuat sumbangan adalah seperti berikut :-

    1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    3. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)

    Serta Badan Berkanun lain yang turut menyumbang kepada Tabung Warisan Negeri Selangor iaitu:-

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
  3. Apakah strategi untuk memastikan setiap anak syarikat mencapai objektif penubuhan dan meraih keuntungan?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau perancangan, perjalanan serta pencapaian kesemua anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor sesuai dengan objektif penubuhan syarikat-syarikat tersebut. Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sentiasa memastikan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mencapai objektif penubuhan dan meraih keuntungan seperti yang dirancangkan di dalam Belanjawan Tahunan masing-masing. MBI akan memastikan setiap anak-anak syarikat menyediakan Belanjawan Tahunan yang “realistic and achievable” yang akan disemak dan diteliti olih Pengurusan Tertinggi syarikat sebelum diluluskan olih Ahli-ahli Lembaga Pengarah. Di mana perlu MBI akan diwakili di dalam Dewan Ahli Lembaga Pengarah syarikat- syarikat tersebut untuk pemantauan yang lebih efektif. Secara berkala, prestasi dan pencapaian syarikat akan di bentangkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga

    Pengarah untuk tujuan pemantauan dan memastikan hasil pencapaian adalah bersesuaian seperti yang dirancangkan. Tindakan pembetulan awal akan diambil apabila terdapat sebarang tanda-tanda yang menunjukkan penurunan atau kekurangan dari perancangan awal. Sekiranya terdapat sebarang petunjuk yang menjurus kepada penurunan atau kekurangan yang ketara,

    MBI akan mendapatkan bantuan pengurusan profesional untuk menangani masalah yang dihadapi dari peringkat awal.

    Di mana memungkinkan MBI akan menjalinkan kerjasama strategik di antara anak-anak syarikat untuk keuntungan bersama.

    SENARAI KENTUNGAN/(KERUGIAN) ANAK – ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI BAGI TAHUN 2008 – 2013

     

    Bil.

     

    Nama Anak – Anak Syarikat

    2008

    (RM juta)

    2009

    (RM juta)

    2010

    (RM juta)

    2011

    (RM juta)

    2012

    (RM juta)

    Sebelum Cukai Selepas Cukai Sebelum Cukai Selepas Cukai Sebelum Cukai Selepas Cukai Sebelum Cukai Selepas Cukai Sebelum Cukai Selepas Cukai
    Anak – Anak Syarikat
    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)  

    (11.54)

     

    (15.62)

     

    11.94

     

    8.02

     

    28.48

     

    23.39

     

    38.10

     

    28.39

     

    23.16

     

    9.27

    2. Kumpulan Semesta    Sdn Bhd (KSSB)  

    1.19

     

    0.90

     

    8.82

     

    6.52

     

    19.09

     

    13.57

     

    16.83

     

    12.19

     

    13.23

     

    9.72

    3. Kumpulan Darul              Ehsan Berhad (KDEB)  

    (112.58)

     

    (122.49)

     

    (7.48)

     

    (0.74)

     

    66.33

     

    42.66

     

    15.45

     

    (4.50)

     

    36.01

     

    23.48

    4. Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB)  

    (0.49)

     

    (0.49)

     

    (0.34)

     

    (0.34)

     

    (0.23)

     

    (0.23)

     

    (0.57)

     

    (0.57)

     

    (0.16)

     

    (0.16)

    5. Pendidikan Industri        YS Berhad (PIYS)  

    (2.53)

     

    (4.59)

     

    (14.21)

     

    (15.14)

     

    (37.65)

     

    (39.71)

     

    (58.59)

     

    (58.80)

     

    (37.14)

     

    (37.34)

    6. Communication Corporation Sdn           Bhd (CCSB)  

     

     

    (0.72)

     

    (0.72)

     

    0.67

     

    0.67

     

    0.48

     

    0.48

     

    (1.12)

     

    (1.12)

    7. MSNS

    Holdings    Sdn Bhd

     

    (0.026)

     

    (0.026)

     

    0.51

     

    0.39

     

    (0.003)

     

    (0.07)

     

    0.0058

     

    0.0027

     

    0.041

     

    (0.012)

     

     

     

    Bil.

     

    Nama Anak – Anak Syarikat

    2008

    (RM juta)

    2009

    (RM juta)

    2010

    (RM juta)

    2011

    (RM juta)

    2012

    (RM juta)

    Sebelum Cukai Selepas Cukai Sebelum Cukai Selepas Cukai Sebelum Cukai Selepas Cukai Sebelum Cukai Selepas Cukai Sebelum Cukai Selepas Cukai
    Anak – Anak Syarikat
    8. Selangor State Industrial Corporation Sdn           Bhd (SSIC)  

    1.05

     

    1.05

     

    0.54

     

    0.54

     

    0.11

     

    0.11

     

    1.08

     

    1.08

     

    0.53

     

    0.51

    9. Bukit Beruntung Golf &  Country Resort (BBGC)  

    (1.76)

     

    (1.69)

     

    (1.12)

     

    (1.18)

     

    (0.99)

     

    (1.05)

     

    (0.10)

     

    (0.12)

     

    0.077

     

    0.077

    10. Tourism Selangor    Sdn Bhd (TSSB)  

    (0.44)

     

    (0.43)

     

    (0.18)

     

    (0.18)

     

    0.73

     

    0.58

     

    2.10

     

    2.11

     

    1.47

     

    1.47

Lampiran

Tiada Lampiran.