Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

46) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mana yang paling banyak menyumbang dalam bentuk kewangan kepada Kerajaan Negeri?

    1. Berikut adalah perincian sumbangan bagi menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri dan CSR dari Kumpulan MBI setakat 30 September 2019 :-

     

    Bil Nama Syarikat Jumlah

    (RM)

    1 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 57,580,230
    2 Permodalan Negeri Selangor Berhad 5,925,794
    3 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 5,200,000
    4 KDEB Waste Management Sdn Bhd 1,113,000
    5 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 58,800
    6 SRM Setia Sdn Bhd 5,000
      Jumlah 69,882,824
  2. Apakah perniagaan yang dijalankan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor itu?

    1. MBI ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan mewakili Negeri selangor dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ia memainkan peranan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat.

     

    Berikut adalah perincian bagi fungsi dan peranan anak-anak syarikat di bawah Kumpulan MBI:-

     

    ANAK SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI
    Bil. Nama Syarikat Fungsi dan Peranan  
    1. Kumpulan Semesta Sdn Bhd Menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir dan sumber mineral di Negeri Selangor.  
    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad Syarikat pegangan pelaburan, pembangunan hartanah dan perkhidmatan.  
    3. Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad Kelab Golf dan Rekreasi.  
    4. Communication Corporation Sdn Bhd Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor.  
    5. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Institusi Pendidikan Tinggi  
    6. Inpen (Selangor) Sdn Bhd Institusi Pendidikan (TVET)  
    7. Kumpulan Darul Ehsan Berhad Syarikat pegangan pelaburan.  
    8. Invest Selangor Berhad Menyediakan khidmat profesional dan penyelesaian terunggul kepada para pelabur, menjadi organisasi yang berasaskan pengetahuan yang memacu kearah pelaburan baru, dan menjadi organisasi yang berdasarkan pemikiran berkualiti dan menyediakan mutu kerja terunggul setiap masa.  
    9. Rantaian Mesra Sdn Bhd Mempromosikan Program Inisiatif Peduli Rakyat.  
    10. Yayasan Warisan Anak Selangor Mewujudkan, menganjurkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana yang dikenali sebagai “Tabung Warisan Anak Selangor” untuk digunakan bagi memberi faedah dan kebajikan rakyat Selangor yang lahir dan didaftarkan di Negeri Selangor pada dan selepas 1 Januari 2008.  

     

    ANAK SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI
    Bil Nama Syarikat Fungsi dan Peranan  
    11. Yayasan Hijrah Selangor Mewujudkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana yang dikenali sebagai Tabung Dar Al Qard Al Hasan Selangor yang digunakan bagi memberi faedah dan kebajikan rakyat Selangor subjek daripada Sultan Selangor.  
    12. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd Terlibat dalam pelaburan, perdagangan peralatan sukan dan pengurusan aset.  
    13. SRM Setia Sdn Bhd Projek jangka masa panjang bagi penyelenggaraan dan membaik pulih jalan bagi Zon 1, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.  
    14. Darul Ehsan Investment Group Berhad Pelaburan  
    15. Tourism Selangor Sdn Bhd Ejen pelancongan, pengurusan resort dan promosi tempat-tempat pelancongan di Negeri Selangor.  
    16. SMARTSEL Sdn Bhd Infrastruktur IT dan telekomunikasi kluster ekonomi dan aktiviti menyediakan infrastruktur untuk hosting, perkhidmatan pemprosesan data dan aktiviti yang berkaitan.  
    17. Landasan Lumayan Sdn Bhd Syarikat pegangan pelaburan, kontraktor dan pemaju am bagi Projek Selangor Maritime Gateway.  
    18. KDEB Waste Management Sdn Bhd Syarikat pegangan pelaburan, pemerolehan kompaktor untuk Pihak Berkuasa Tempatan.  
    19. SSDU Innovations Sdn Bhd Melibatkan perundingan teknologi, pengurusan projek, penciptaan harta intelektual, pembangunan teknologi/eksploitasi dan big data analytics untuk Aplikasi Bandar Pintar (Smart City).  

     

    SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH KUMPULAN MBI
    1. Yakin Telesel Sdn Bhd Menjalankan aktiviti struktur rangkaian telekomunikasi dan aktiviti yang berkaitan.  
  3. Adakah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kpi yang tersendiri?

    Setiap anak syarikat Kerajaan Negeri mempunyai KPI tersendiri untuk dicapai. KPI di setiap anak syarikat bergantung kepada fungsi dan peranan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.