Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

21) PRESTASI ANAK-ANAK SYARIKAT PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan keuntungan/kerugian tahunan semua anak-anak syarikat PKNS dan subsidiari-subsidiari mereka pada tahun 2016

    Berikut merupakan senarai keuntungan / kerugian anak-anak syarikat PKNS bagi tahun 2016:

    Bil. Nama Anak Syarikat Keuntungan/ (Kerugian)

    RM

    1. PKNS Engineering & Contruction Bhd (PECB) 2,456,000
    2. De Palma Management Services Sdn. Bhd. (4,160,855)
    3. Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) (4,774,000)
    4. SACC Convention Centre (1,680,863)
    5. Selgate Corporation Sdn Bhd 777,275
    6. Akademi PKNS Sdn Bhd 359,985
    7. DatumCorp International (33,259)
    8. PKNS Real Estate (PREC) 11,232,898
    9. PKNS Infra Berhad (PIB) 2,323,890.00
    10. Selaman Sdn Bhd (5,387,876)
    11. Kelana Property Development Sdn Bhd 209,237
    12. Worldwide Holdings Berhad 90,521,624
  2. Adakah setiap syarikat di (a) membayar dividen kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2016? Senaraikan syarikat-syarikat yang bayar dan jumlahnya

    Tiada dividen yang dibayar kepada Kerajaan Negeri, sebaliknya PKNS menyumbang 2% daripada keuntungan bersih Kumpulan kepada Tabung Warisan Selangor. Sumbangan dibayar secara tunai oleh PKNS di atas nama Tabung Warisan Negeri Selangor pada tahun 2016 adalah berjumlah RM4,171,240.00

Lampiran

Tiada Lampiran.