Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

209) PRESTASI AIR SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini penstrukturan semula air Negeri Selangor?

    Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor telah memasuki fasa akhir dengan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang telah dimuktamadkan pada 24 April 2019 tempoh hari. Langkah seterusnya adalah untuk menamatkan perjanjian-perjanjian konsesi sedia ada secara serentak supaya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dapat beralih kepada model industri yang baru di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (“Akta 655”) pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 1 September 2019.

  2. Apakah status terkini penggantian paip lama dan pencapaian NRW?

    Bagi program penggantian paip 2016 – 2018, Air Selangor telah dan sedang melaksanakan penggantian paip di 86 lokasi “hotspots”, dimana 34 lokasi telah siap sepenuhnya manakala baki 52 “hotspots” akan siap secara berperingkat sehingga akhir tahun 2020. Bagi tahun 2019, sejumlah 148 “hotpots” lagi telah dikenalpasti dan sedang diperingkat rekabentuk.

    Kadar peratusan NRW untuk 6 bulan dari Januari hingga Jun 2019 ialah 28.33% berbanding 30.50% pada tahun 2018..

Lampiran

Tiada Lampiran.