Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

165) PRESTASI AIR SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini penstrukturan semula air Negeri Selangor?

    Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air telah dimuktamadkan pada 12 September 2019. Mulai 13 September 2019, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd merupakan operator air tunggal yang memiliki lesen perkhidmatan dan lesen kemudahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi tujuan pengekstrakan, rawatan dan agihan air terawat kepada pengguna di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

  2. Apakah status terkini penggantian paip lama dan pencapaian NRW?

    Status terkini penggantian paip lama dari tahun 2016 hingga 2020 adalah seperti berikut:

    Status tahun 2020, program penggantian paip masih dalam peringkat akhir rekabentuk dan kontraktor akan dilantik dijangka pada bulan Disember 2020. Pencapaian NRW terkini sehingga September 2020 adalah pada tahap 28.2%.

Lampiran

Tiada Lampiran.