Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

243) PRESTASI AGENSI KERAJAAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan yang diterima oleh setiap Pejabat Daerah & Tanah di Selangor pada tahun 2023?

    Jumlah keseluruhan aduan yang diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Selangor pada tahun 2023 adalah sebanyak 987 aduan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Pejabat Daerah dan Tanah Klang mempunyai jumlah aduan yang tertinggi dalam tempoh tersebut iaitu sebanyak 173 aduan bersamaan 17.53% dari jumlah keseluruhan aduan di peringkat PDT. Manakala, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam pula mencatatkan bilangan aduan terendah dengan 10 aduan bersamaan 1.01%. Kesemua aduan ini telah berjaya diselesaikan oleh PDT masing-masing. Berikut merupakan pecahan jumlah aduan yang diterima oleh setiap Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor pada tahun 2023 seperti di bawah:

    BIL BUTIRAN

    ADUAN

    PERATUS

    1. Pejabat Daerah dan Tanah Klang

    173

    17.53

    2. Pejabat Daerah dan Tanah Petaling

    170

    17.22

    3. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat

    156

    15.81

    4. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor

    127

    12.87

    5. Pejabat Daerah dan Tanah Sepang

    102

    10.33

    6. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat

    95

    9.63

    7. Pejabat Daerah dan Tanah Gombak

    90

    9.12

    8. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor

    64

    6.48

    9. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam

    10

    1.01

    JUMLAH

    987

    100.00

  2. Apakah 3 aduan tertinggi yang diterima?

    Untuk makluman, aduan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) disaring mengikut tiga (3) kategori aduan yang utama iaitu Pentadbir Tanah, Pembangunan Luar Bandar dan Tadbir Urus. Berdasarkan statistik yang diperolehi melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), aduan di bawah kategori Pentadbir Tanah mencatatkan jumlah aduan yang tertinggi dengan jumlah aduan sebanyak 600 aduan bersamaan 60.79%. Manakala aduan di bawah kategori tadbir urus merupakan jumlah aduan yang terendah adalah sebanyak 115 aduan bersamaan 11.65%. Berikut merupakan statistik mengikut kategori aduan yang diterima oleh setiap Pejabat Daerah & Tanah di Selangor pada tahun 2023 seperti di bawah:

    BIL BUTIRAN JUMLAH ADUAN JUMLAH PERATUS
    1. Pentadbir Tanah 600 60.79
    2. Pembangunan Luar Bandar 272 27.56
    3. Tadbir Urus 115 11.65
    JUMLAH 987 100.00

     

    Berdasarkan statistik di atas, 3 aduan tertinggi yang diterima adalah:

    • Pentadbir Tanah – Kategori di bawah Pentadbir Tanah adalah seperti berikut:

     

    BIL BUTIRAN JUMLAH ADUAN
    1 Penguatkuasaan 185
    2 Hasil Tanah 164
    3 Pendaftaran 105
    4 Pelupusan 45
    5 Permohonan Kebenaran Pindah Milik Tanah / Gadaian 81
    6 Pembangunan Tanah 15
    7 Teknikal 5
    8 Lelongan Awam 0
    JUMLAH 600

     

    • Pembangunan Luar Bandar – Kategori di bawah Pembangunan Luar Bandar adalah seperti berikut:

     

    BIL BUTIRAN JUMLAH ADUAN
    1 Fizikal 242
    2 Masyarakat 30
    JUMLAH 272

     

    • Tadbir Urus – Kategori di bawah Tadbir Urus adalah seperti berikut:

     

    BIL BUTIRAN JUMLAH ADUAN
    1 Aduan 68
    2 Perkhidmatan Kaunter / Telefon 23
    3 Intergriti 11
    4 Laman Web 6
    5 Harta Pejabat Tanah 4
    6 Kontraktor 2
    7 Kewangan 1
    8 Perolehan 0
    JUMLAH 115

Lampiran

Tiada Lampiran.