Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

182) PRESTASI AGEN PENGURUSAN YANG DILANTIK OLEH COB

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan senarai agen pengurusan yang dilantik oleh COB bagi kawasan DUN Batu Tiga yang merangkumi MBSJ, MBSA dan MBDK.

    Yang Berhormat, semakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor melalui Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Diraja Klang mendapati tiada sebarang lantikan ejen dilaksanakan di bawah Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta757) bagi kawasan DUN Batu Tiga.

  2. Apakah COB membuat audit bangunan bagi mengenalpasti masalah infra yang bermasalah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, skop bagi pelaksanaan pemeriksaan bangunan berkala adalah di bawah tanggungjawab JMB/MC selaras dengan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1994 (Akta 133) yang mana dikawal selia di bawah Jabatan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan. Tiada sebarang kuasa diperuntukkan dalam Akta 757 kepada pihak COB bagi melaksanakan apa-apa audit bangunan untuk mengenal pasti masalah infra yang berlaku di bangunan berstrata.

  3. Apakah perancangan kerajaan untuk membantu pihak JMB yang tidak berkemampuan membaiki infra berkos tinggii seperti lif?

    Kos bagi penyelenggaraan kerosakan dan penggantian lif bagi pangsapuri adalah sangat tinggi, selain daripada peruntukan Kerajaan Negeri melalui Skim CERIA peruntukan juga diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) bagi membantu JMB/MC sesebuah pangsapuri bagi menampung kos penyelenggaraan kerosakan dan penggantian lif. Permohonan bantuan baik pulih Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mana ia dibuka pada setiap tahun dan permohonan ini boleh dibuat melalui pihak Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.