Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

14) PREMIUM TANAH RM1,000.00

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri akan mengamalkan konsep ini ke atas semua jenis kegunaan tanah?

    Skim bayaran premium pada kadar RM 1,000 nominal hanya ditawarkan bagi tujuan bangunan kediaman persendirian sahaja iaitu individu.

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang menjalankan program pemutihan ke atas tanahtanah simpanan kerajaan yang diterokai?

    Melalui skim ini, peneroka yang telah menduduki tanah kerajaan boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut bagi tujuan mendapatkan hak milik. Walau bagaimanapun, kelulusan tersebut adalah berdasarkan ulasan kesesuaian tanah untuk diberi milik oleh jabatan-jabatan teknikal yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.