Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
47) PREMIUM TANAH ORGANISASI BUKAN KERAJAAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi membantu organisasiorganisasi bukan kerajaan yang tidak mampu membayar premuim tanah organisasi mereka yang tinggi.
Bagi organisasi-organisasi bukan kerajaan yang tidak melibatkan keuntungan dan untuk tujuan kebajikan semata-mata, Kerajaan Negeri mengenakan premium pada kadar nominal iaitu RM1,000.00 se-lot.
-
Nyatakan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang telah mendapat pengurangan premuim tanah demi pembangunan masyarakat sejak tahun 2015.
Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan yang telah mendapat manfaat pengurangan premium tanah khusus bagi tujuan pembangunan masyarakat sejak tahun 2015 adalah seperti berikut;
- Persatuan Sikh Naujawan Sabha Malaysia
- Persatuan Kebajikan Tokong San Ching Kang (Rumah Orang-orang Tua
- Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang, Selangor
- Persatuan Hospis Klang (Hospice Klang)
- Persatuan Pendidikan Islam Selangor
- Persatuan Kebajikan Tokong Sam Ching Kong (Rumah Orang-orang Tua)
- Persatuan Pendidikan Islam Selangor (Sekolah Agama Hira’)
- Persatuan Orang Buta Malaysia (Hospital Mata Tun Hussein Onn)
-
Adakah Kerajaan Negeri menerima surat rayuan Persatuan Hai San, Bagan Sungai Besar kerana tidak mampu membayar premium tanah sebanyak RM554,496? Jika ya, nyatakan tindakan yang telah ambil.
Hasil daripada semakan yang telah dilakukan diperingkat Daerah dan PTGS, tiada sebarang rayuan yang diterima sehingga kini. Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam tidak menerima sebarang surat rayuan daripada Persatuan Nelayan Hai San, Bagan Sungai Besar bagi permohonan pelupusan Tanah Kerajaan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara ke atas PT 2135 seluas 1,306 meter persegi di Jalan 4, Bagan Sungai Besar, Pekan Sungai Besar bagi tujuan bangunan perniagaan.
Untuk makluman jua, Notis 5A (iaitu Notis Hasil Tanah Harus Dibayar) bertarikh 31 Disember 2015 telah diserahkan kepada pemohon pada 7 Januari 2016 dan telah luput 6 bulan dari tarikh serahan notis tersebut.