Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
101) PREMIUM TANAH KEDAI KG. BARU
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Premium pajakan tanah kedai di Kg. Baru dianggap terlampau tinggi sehingga RM30 kaki persegi. Adakah kerajaan Selangor bercadang mengurangkan kadar ini.
Pihak Berkuasa Negeri tidak bercadang untuk memberi sebarang pengurangan kadar
premium kepada pemilik tanah bangunan perniagaan di Kg. Baru. Pada masa ini
perkiraan kadar premium yang dikenakan adalah seperti berikut:
1) Bagi tempoh pajakan 60 tahun
¾ x 1/100 x nilaian tanah semasa x 60 tahun x 50%
2) Bagi tempoh pajakan 99 tahun
¾ x 1/100 x nilaian tanah semasa x 99 tahun x 50%
Dari segi penentuan nilaian tanah semasa, Pihak Berkuasa Negeri mengguna pakai
nilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor
(JPPH). Formula dan kadar yang dikenakan adalah munasabah dan mengambil kira
nilai tanah terbabit. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri mengikut keputusan
MMKN pada 15 September 1999 telah bersetuju memberikan insentif pengurangan
sebanyak 50% secara automatik sepertimana dinyatakan dalam formula pengiraan
premium. -
Jika ya, bagaimana caranya?