Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
80) PREMIUM TANAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kadar Premium Tanah sedia ada diterima rakyat?
Kadar premium tanah bagi tujuan perniagaan, industri dan pertanian telah diguna pakai semenjak tahun 2003 berdasarkan Kaedah Tanah Selangor 2003 (Pindaan 2005). Manakala penetapan kadar premium tanah bagi tujuan kediaman adalah berdasarkan Pekeliling PTGS Bilangan 6 Tahun 2011 dan nilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang berkuat kuasa mulai Jun 2011.
-
Apakah dasar akan datang tentang kadar premium tanah?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih meneruskan dasar-dasar sedia ada berkaitan kadar premium
-
Berapakah perolehan hasil premium tanah tahun 2013 dan status yang terkini?
Jumlah perolehan hasil premium tanah bagi tahun 2013 adalah seperti berikut:
TAHUN
JUMLAH
2013 1,118,928,500.50 2014 (sehingga 10/11/2014)
963,126,696.00